Setiap tahun pasti ada insan seni yang menunaikan ibadat haji iaitu Rukun Islam kelima. Bagi tahun 2026, tiga insan seni tempatan terpilih untuk melakukan Rukun Islam kelima itu.

Mereka ialah penyanyi dan pelakon Tomok, Ezad Exists (Ezad Lazim) dan Datin Lisa Surihani dengan kesemuanya sudahpun berada di Arab Saudi.


Tomok dan isteri


Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 41, ditemani isteri, Rahayu Abas. Vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim pula berangkat bersama isterinya, Zeana Ramli. 

Namun suami Lisa, Datuk Yusri KRU atau Yusry Abdul Halim tercicir daripada senarai.  


Ezad Lazim dan isteri

Sementara Lisa Surihani bersyukur apablla rayuannya diterima oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH) namun dia ralat apabila nama suaminya, Yusry tidak tersenarai dalam rayuan itu.

Namun Lisa reda tidak dapat menunaikan ibadat bersama Yusri dan lega apabila suami dapat menjaga tiga anak semasa 45 hari dia menunai ibadah haji. 



Lisa memberi ucapan selamat tinggal kepada Yusry


Terdapat sejumlah insan seni yang ingin menunaikan ibadah haji namun tidak kesampaian.

Antaranya Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid. Jalil sepatutnya menunai haji bersama isteri Haryati Sariat pada tahun 2025, namun tidak lepas pemeriksaan kesihatan. Haryati pergi sendirian. 


Impian Jalil Hamid untuk mengerja haji tidak kesampaian

Bagi tahun 2026, Jalil disenarai semula oleh pihak TH. Jalil sudah mengikuti kursus Haji, namun keadaan kesihatannya tetap tidak mengizinkan untuk berangkat.

Hasrat Jalil untuk bergelar haji tidak kesampaian apabila ajal menjemputnya pada Isnin, 4 Mei 2026 pada usia 69 tahun, beberapa hari setelah menyambut ulang tahun pada 25 April 2026. - KitaReporters

17
13
0
11
0

Copy Link: