Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang ditubuh sejak 2000 merupakan antara persatuan dan yayasan yang giat membantu insan seni yang menghadapi masalah. 

Terbaharu, sejumlah insan seni pelbagai bidang menerima sumbangan hari raya daripada Karyawan.


FREDO


Mereka adalah golongan veteran yang menghadapi masalah menerus kelangsungan hidup seperti ekonomi tidak stabil, kurang ‘job’ (pekerjaan) dan masalah kesihatan dengan sebahagian sudah dalam kategori warga tua.  

Sumbangan RM500 seorang itu disampai oleh Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mewakili Presiden dan Pengerusi  KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Walaupun sumbangan tidak begitu besar, namun ia dapat membantu karyawan terlibat dalam membuat persiapan raya bersama keluarga.


SALIH YAACOB


M JAMIL


DR SAM 


Acara diadakan dalam Majlis Iftar Ramadan anjuran Karyawan dengan mendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Ia berlangsung di kompleks FINAS, Hulu Klang  pada Ahad, 8 Mac 2026.

Turut hadir beberapa pegawai atasan FINAS termasuk Pengerusinya, Datuk Hans Issac dan Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Aflin Shauki.

Majlis Iftar Ramadan Karyawan turut mengundang sejumlah pengiat seni untuk sama-sama berbuka puasa dan bertanya khabar sesama sendiiri.


RANI KULUP

HARUN HASHIM

Freddie dalam ucapannya berkata, pemberian sumbangan itu dapat meringankan beban rakan-rakan artis dan ia menunjukkan kebajikan insan seni sentiasa menjadi keutamaan Karyawan.

Majlis diakhiri dengan suasana santai dengan  segmen 'Open Mic' yang memperlihat bakat-bakat seni menyampaikan lagu-lagu raya, sekali gus menyuntik semangat keriangan dalam menyambut bulan mulia ini. - KitaReporters


Berikut ialah senarai penerima sumbangan:

1. Zaiton Sameon (Zaiton Sameon) 

2. Abass Abu Bakar (Mamu Abass Bakar) 

3. A. Jalil A. Hamid (Jalil Hamid)

4. Razali Jaafar (Zalee Redang) 

5. Mohd Salih Yaacob (Salih Yaacob) 

6. Villenguez Alfredo Valentino (Fredo Flybaits) 

7. Mohd Ali Ismail (Ali Xpdc) 

8. Muhammad Yunus Abdul Rashid (Ebby Yus) 

9. Shuaib Md Shaari (Shuib Freedom) 

10. Erneelya Elyana Emrizal (Elyana) 

11. Abdul Rani Kulup Abdullah (Ayah Rani Kulup) 

12. Harun Hashim (Harun Hashim) 

13. Zaleha Salleh (S. Mariam) 

14. Zairi Moh (Zairi Moh) 

15. Siti Haslinda Abdul Hamid (Shasha Hamid) 

16. Besran Zulkifly (Aan Ways) 

17. Zulkifli Mohamed Yusuf (Zul Zur Eda) 

18. Salim Ibrahim (dR Sam) 

19. Mohamad Jamil Zulkifli (M Jamil) 

20. Raja Iskandar Raja Ibrahim (Is Wow) 

21. Syed Mahdi Syed Faozi (Syed Mahdi) 

22. Umarul Mahdzar Embong (Umarul Iklim) 

23. Ahmad Lokman Ismail (Lord Lokman)

24. Faizull Herman Mohamad Yahya (Faizul Rock)


Antara hadirin dalam majlis Iftar Ramadan Karyawan

11
11
0
14
0

Copy Link: