GEMPAR!! Panik!!... Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, mengalami situasi cemas apabila didatangi seorang individu yang melakukan kekecohan dengan menjerit-jerit dan membuat onar di hadapan kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. : KitaReporters

Siti Nurhaliza panik apabila didatangi lelaki yang sama lima tahun lalu berkelakuan tidak senonoh di depan rumahnya. - Kredit foto: Musangviral.com


Lelaki itu adalah individu yang sama berkelakuan tidak senonoh lima tahun lalu dan pernah dipenjara.

‘Tolong! Macam mana nak buat? Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di hadapan rumah saya dulu?

Kejadian terbaru berlaku pada petang Khamis, 11 Jun 2020.

Tulisan Siti Nurhaliza dalam instastorynya. - Kredit foto: musangviral.com


“Sudah pernah masuk penjara dan surat khabar, kini menjelma Kembali… serba salah jadinya!  

"Menjerit-jerit depan rumah. Tolong polis!” tulisnya di ruangan instastory pada Khamis, 11 Jun 2020.

Bagaimanapun Tok Ti menyatakan lebih lanjut bentuk gangguan yang diterimanya.

Pada Oktober 2015, seorang duda dua anak berusia 49 tahun dihukum enam bulan penjara kerana menunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah Siti di hadapan kediaman penyanyi tersohor ini pada Ahad, 4 Oktober 2015.

Lelaki itu dikenali sebagai Amiruddin Sulaiman, 49, adalah seorang duda menganggur dengan dua anak berusia 19 dan 21 tahun. - KitaReporters

0
0
0
2
0

Copy Link: