"Sampai bila nak hidup dengan gaji banyak ini... Tak teringin ke nak pakai kereta besar dan rumah besar." 

Mesti anda pernah dengar ayat macam seperti di atas kan? sama ada anda pernah 'join' mereka atau anda adalah mangsa mereka. 

Jika dulu terkenal dengan Multi Level Marketing (MLM), kini kita dapat lihat iklan trading (jual beli), saham dan banyak lebih seperti ini makin viral. 

Dalam bahasa mudah, nak kaya, ayuh sertai dan ikut apa yang mereka ajarkan. 'Last-last' mereka makin kaya, orang baru makin tersungkur. 

Mesti ada rakan-rakan anda yang buat macam ini kan, ada yang berjaya ada pula diam menyepi, mungkin teknik yang diajar itu adalah untuk kayakan orang atas.  



Seorang pengguna Facebook (FB), Muhammas Nur Iman, telah berkongsi dan kantoikan seorang 'sifu' dalam dunia trader yang telah menipu berkata bahawa beliau berjaya memiliki jet peribadi sendiri hasil titik peluh dalam dunia trader ini. 

Memang ini strategi orang dalam dunia MLM, trader atau sebahagian usahawan ke dengan tayang pelbagai harga benda dalam media sosial? 

Motif semua ini untuk mudah rekrut orang baru ke agar mereka percaya bahawa teknik dan ajaran yang diajar itu mampu hasilkan kekayaan dengan pantas

Dah la menipu, kali ini siap post dengan penuh keyakinan bahawa beliau berjaya ada jet peribadi sendiri hasil trader selama ini. Fuhhh, dengar macam gempak, tapi sekali orang ramai siasat, emm, tipu je kerja dorang ini. 



Menurut Iman, jet itu adalah private jet Gulfstream yang didaftarkan di US, milik sebuah syarikat di Florida. 

"Flight history menunjukkan memang ada pesawat ni landed di airport Subang dan Kuching beberapa hari lepas sebelum kembali ke Dubai," jelasnya. 

Modus operandi mereka macam biasa, sembang bab kesusahan dahulu, susah nak hidup sebelum ini dengan gaji besar tapi bila sertai trading ini, terus kaya

Kalau betul semak teknik itu, dah lama orang Malaysia ini kaya raya. 

Masalah dia bila ada yang ambil kesempatan, lepas itu ambil orang baru suruh bayar nak sertai kelas. Akhir sekali, duit yuran bayar mahal-mahal, orang atas juga kaya raya. - KitaReporters



11
12
1
15
0

Copy Link: