SEBAGAIMANA sedia maklum, pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 dan 2 telah diselesaikan kerajaan pada September dan November 2021 lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada hampir 10 juta penerima. 

Berita baik untuk penerima  BKC, bayaran Fasa 3 akan dibuat mulai Isnin, 20 Disember 2021 membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bantuan Covid-19


 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 bakal mendapat manfaat melalui bantuan berkenaan.

“Melalui pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran ini sedikit sebanyak mampu ringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu, 18 Disember 2021.


 


Sementara itu, semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

Maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.-KitaReporters


15
8
0
11
0

Copy Link: