PADA era pandemik ini swab test (ujian calitan) adalah satu perkara normal buat semua orang pada zaman sekarang lagi-lagi mereka yang nak keluar negara. Ini bagi mengelakkan wabak Covid-19 merebak sebelum ke sesebuah negara.

Namun berbeza dengan pengacara yang terkenal Awal Ashaari berkongsikan satu momen yang sangat lucu setibanya beliau dan keluarganya menjalani swab test yang sangat-sangat unik sehingga tular dan menjadi tarik netizen.


Lagi cerita-cerita menarik




Di dalam video yang dikongsikan beliau, kelihatan mereka melakukan swab test oleh petugas perubatan Istanbul, Turki.  Apa yang menariknya, cara swab test di sana sangat melucukan kerana menggunakan satu swab sahaja untuk mengambil sampel dari air liur dan juga dari dalam hidung.

Malah Awal juga turut sama berasa terkejut sebaik sahaja melihat cuma satu swab sahaja yang digunakan.

Ini kerana di Malaysia, petugas perubatan menggunakan sekurang-kurangnya dua swab untuk mengambil sampel daripada mulut serta hidung dan bukannya sekali gus seperti ini. 

Lebih melucukan, Awal dan Scha Alyahya kemudiannya dilihat menahan ketawa mereka selepas selesai melakukan swab test itu.



Para netizen juga mendapati video ini sangat lucu. Ada juga yang berpendapat mereka mengambil sampel dari mulut terlebih dahulu dan bukan sebaliknya berlaku.



Setiap negara mempunyai cara yang berbeza untuk melakukan swab test. Kongsikan sikit apa pengalaman swab test yang anda tidak boleh lupakan. - KitaReporters


18
9
0
17
0

Copy Link: