Video| Siti Sarah tiada pengganti! Shuib tak sanggup lihat figura mirip arwah! Enggan bertemu Emy!

Published by
KitaReporters
Emy (kanan) bersama suami dan anak. Sekali padang seperti Siti Sarah masih hidup.

Bagi selebriti Shuib Sepahtu, 38, Siti Sarah Raissuddin tiada pengganti dan dia tidak sanggup melihat figura yang mirip arwah di depan matanya

Sehubungan itu, dia enggan bertemu dengan ‘kembar’ Siti Sarah kerana memori dan 'keberadaan' arwah isteri masih kuat dalam dirinya

Pada hari ulang tahun ke-66, bapa arwah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah, pada Ahad, 29 Mei 2022, mendapat kejutan ditemukan dengan wanita yang mempunyai iras anak kesayangannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin

Diri Siti Sarah masih terpahat utuh dalam diri Shub. i- Kredit foto: IGl shuib sepahtu

Emy Nur Faranizah, 29, mula jadi perhatian apabila wajahnya tersebar dalam Facebook. Dia yang tinggal di Melaka datang ke Kuala Lumput bersama suami dan anaknya untuk memberi kejutan kepada Raissuddin.

Kejutan itu dirancang oleh isteri Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 35, atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der.

Bagaimapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkata seboleh-bolehnya dia mengelak untuk berjumpa dengan wanita yang dikenali sebagai Emy yang merupakan peminat fanatik arwah.

Namun dia tidak melarang jika anak-anaknya bertemu ‘kembar’ ibu mereka


Emy bersama anaknya



Begitu juga dia tidak kisah jika ada beberapa lagi penemuan figura ‘kembar’ Siti Sarah. Shuib percaya ada 7 manusia seiras di dunia, namun baginya Siti Sarah terlalu istimewa baginya dan tidak boleh dicari ganti walaupun ada yang memiliki wajah seiras.

Pernikahan kira-kira 10 tahun dengan Siti Sarah membuahkan 4 cahaya mata.

Siti Sarah dipanggil mengadap Illahi pada  9 Ogos 2021 ketika berusia 36 tahun kerana jangkitan Covid-19.

Walaupun sudah 10 bulan berlalu, Shuib masih tidak berhasrat untuk mencari pengganti, sebaliknya lebih tertumpu memperkembangkan perniagaannya.

Namun peminat Shuib menjangka dia tetap akan mempunyai pengganti peneman hidup, cuma masa akan menentukan. - KitaReporters

Emy memberikan kejutan apabila dia hadir pada hari ulang tahun Raissudin Hamzah ke-66

14
16
0
15
0

Copy Link: