PENAT dah kot netizen membaca cerita mengenai Dato Aliff Syukri sejak beberapa hari ini. Empat lima usahanya untuk mempromosi diri dan produk keluaran syarikatnya bukan sahaja tidak menjadi, tetapi teruk dikritik serta dikecam oleh netizen, yang seolah-olah menanti sahaja usahawan kosmetik ini melakukan kesilapan ketika membuat postingnya dalam media sosial. : KitaReporters


Beberapa hari yang lalu, viral video Aliff Syukri cuba menjual topeng muka dengan mengatakan bahawa topeng muka beliau sangat berkualiti. 

Malah, beliau juga cuba membuktikan kepada netizen dengan mencurah air ke dalam topeng tersebut tetapi didapati topeng itu boleh dibocori air

Tidak mahu kalah dengan komen netizen, beliau cuba mencurah air ke dalam topeng muka biasa yang orang guna tetapi topeng muka tersebut dilihat lebih berkualiti dan tidak mudah dibocori air. 

Kredit video: FB Tonish Stark


Kali ini, beliau sekali lagi menjadi tumpuan para netizen apabila Aliff Syukri cuba menjual produk kesihatan dengan mendakwa produk beliau sangat baik dan mampu memberi kesihatan yang tip top. 

Namun begitu, beliau tersilap langkah apabila mata netizen lebih tajam.

Video Aliff Syukri melakukan promosi produk kesihatannya itu telah dimuat naik oleh Azmah Mohammed dalam akaun FB miliknya.

Netizen mendakwa bahawa berdasarkan video dan berdurasi 32 saat itu, mereka nampak Aliff Syukri secara terang-terangan cuba menipu orang yang sedang menonton video promosi produk kesihatan itu. 

Video tersebut telah ditonton oleh hampir 60,000 orang di FB tersebut setakat hari ini, Selasa, 21 April 2020. 


Kredit video: FB Azmah Mohammed


Akibat cuba menipu dalam jualan produknya, para netizen telah melemparkan pelbagai komen terhadap beliau. - KitaReporters




2
3
0
0
10

Copy Link: