WALAUPUN semangat kesukanan yang tinggi dan target untuk mencapai sesuatu dalam diri sangat kuat untuk berlawan dengan pihak lawan, namun itu tidak membuatkan mereka adalah musuh jika memerlukan bantuan.

Gempar semangat kesukanan yang tinggi dan pengorbanan jurulatih pasukan Malaysia yang memberikan kasutnya untuk meneruskan perlawanan badminton antara pemainnya dan pemain lawan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton



Tular sebuah video yang memaparkan saingan pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila pihak lawan dari Jamaica, Samuel Ricketts berdepan masalah kasutnya rosak semasa bertarung dengan pasukan skuad negara. 

Samuel, yang ketika itu sedang beraksi menentang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dalam aksi Kumpulan D acara berpasukan campuran, mengalami masalah kasut koyak sekali gus memaksa perlawanan yang berlangsung di National Exhibition Centre itu dihentikan seketika.



Oleh sebab kasutnya koyak, jurulatihnya datang kepadanya untuk memberikan kasut sukan biasa (bukan kasut badminton) untuk beliau terus beraksi.

Video yang dikongsikan dalam Instagram @badlivepage, Tze Yong dilihat menawarkan kasutnya namun dilihat tidak muat dan mereka terpaksa memotong kasutnya kerana tiada kasut bagi meneruskan perlawanan.




Apa yang mengejutkan semua apabila Jurulatih skuad negara, Hendrawan datang ‘berkaki ayam’ dari tempat duduk jurulatih menunjukkan saiz kasutnya kepada Samuel dan dia bersetuju untuk memakainya bagi meneruskan aksi dalam perlawanan itu.

Oleh sebab video ini tular, ramai warga maya memberi pujian kerana semangat beliau yang sangat tinggi dan berjaya menaikkan nama Malaysia.

Nilai kemanusiaan amat tinggi walaupun berbeza pendapat dan inilah semangat kesukanan sebenar yang tidak ternilai. - KitaReporters

11
22
0
10
0

Copy Link: