SALAH seorang selebriti sensasi Indonesia masa kini, Lucinta Luna, 30, yang juga seorang transgender, ditahan atas kesalahan memiliki dadah yang boleh dipenjara hingga empat tahun. : KitaReporters.com

Lucinta Luna (bertutup muka) diperlihatkan kepada petugas media dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jakarta pagi tadi. - Kredit foto: Kompas


Penahanan Lucinta diumumkan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jakarta Barat pagi tadi (Rabu, 12 Februari 2020). 

Lucinta dalam muka bertutup diperlihat kepada petugas media.

Lucinta ditahan bersama tiga rakannya di apartmennya di Tanah Abang, Jakarta Pusat kira-kira jam 1.30 pagi Selasa, 11 Februari 2020.

Tiga rakannya dibebas kerana ujian air kencing terhadap mereka didapati negatif, sementara Lucinta didapati positif.

Menurut Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya, Yusri Yunus,Lucinta Luna mengaku menggunakan dadah sejak 5 bulan lalu.

Dia berkata demikian dalam sidang media yang dapat disaksi secara langsung dalam beberapa stesen televisyen.

Antara foto Lucinta Luna dalam Instagramnya.


Sebelum didakwa di mahkamah, Lucinta terpaksa ditahan di lokap polis. 

Untuk itu, menurut Yusri, Lucinta terpaksa diletak dalam tahanan khas. Ini kerana kedudukan Lucinta sebagai seorang transgender.

Kata Yusri, nama dan jantinanya berbeza antara kad pengenalan Indonesia atau Kad Tanda Penduduk (KTP) dan pasport. Satu dicatat namanya sebagai sebagai Muhammad Fatah dan satu lagi dengan gambar wanita.

Lucinta tetap mahu dikenali sebagai wanita. - Kredit foto: Instagram Lucinta Luna


Dalam wikipedianya dicatat namanya sebagai Muhammad Fatah dan lahir di Jakarta pada 16 Jun 1989.

Sebelum dikenali Lucinta Luna, dia dikenali dengan sejumlah nama. Bermula dengan Ayluna Putri, Cleo Vatri, Tahtha Fitri dan Arjuna Fitri.

Mula bergiat dalam bidang seni sejak tahun 2018, dia bergiat dalam bidang tarian dan nyanyian dangdut dan mempunyai kumpulan duo dangdut iaitu Duo Bunga dan memperkenalkan Tarian Kembang.

Kad Tanda Penduduk (KTP) Lucinta Luna memperlihatkan identiti sebenarnya. Kredit foto: Sripoka.com

Identiti Lucinta Luna sebagai trangender sudah terdedah dalam media sejak tahun 2018.

Namun hingga sekarang Lucinta tetap mendakwa dirinya wanita. Malah dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki tetapi hanya bertahan beberapa hari sahaja.

Lucinta kini sering melakukan perkara sensasi dengan mengeluarkan kata-kata sensitif dan pedas terutama kepada golongan artis menyebabkan dia tidak disenangi sejumlah artis.

Lucinta banyak melakukan perkara sensitif dan mengundang sensasi melalui laman sosialnya,Lucinta Luna Channel.

Berita penahanan Lucinta cepat merebak. Namun ramai beranggapan ia cuma gimik, sehinggalah pihak polis mengadakan sidang media pagi tadi (Rabu, 12 Februari 2020) bagi mengesahkan penahanannya. 

Bagi masyarakat Malaysia mungkin kurang mengenali Lucinta Luna.

Lucinta adalah rakan duet Datuk Aliff Syukri dalam lagu ‘Bobo Di mana’ yang dimuatkan dalam channel ‘Terlajak Laris’ sejak setahun lalu. - KitaReporters.com




0
3
0
2
1

Copy Link: