Video| Pembantu peribadi DSV ucap Khilaf! Rahsiakan jadi penyanyi! Tampil berduet dengan Faiz Aizif!

Published by
KitaReporters


JIKA berkaitan dengan hubungan anak, pepatah ‘bapa borek anak rintik’ atau pun ‘ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi’ paling tepat menjadi perumpamaan. 

Tetapi jika hubungan itu dibina antara bos dan staf bolehkah dikatakan ‘tiru teladan’ berikutan Pembantu Peribadi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), Nor Fadilah Mohd Nor yang telah lebih kurang 12 tahun berkhidmat dengan DSV tiba-tiba beralih menjadi penyanyi seperti bosnya?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DS Vida atau Hasmiza Othman



Lebih dikenali dengan nama komersialnya, Diylajazz kini merupakan rakan duet bersama 'influencer' yang terkenal dengan gelaran ‘CEO Anjing’, Faiz Aizif dengan single sulung mereka, ‘Khilaf’.

Baharu sahaja video muziknya dilancarkan dalam YouTube TWT Entertainment pada 12 Oktober 2022 lalu, ia  mendapat  tontonan mencapai hampir 50k dengan lebih 2k tanda suka.

Pun begitu selari dengan pelancarannya, Dyla tidak kurang diuji dengan kecaman daripada netizen gara-gara tidak berhijab. 

Namun dengan hati jujur, Diyla menepis segala kecaman dengan berkata, beliau sebenarnya memang belum memakai tudung kecuali ketika bertugas dengan DSV bagi memenuhi KPI (petunjuk prestasi utama) syarikat.

Dalam catatan melalui laman Instagramnya Diyla memberitahu masih bekerja dengan DSV tetapi sedang bercuti dan  berharap agar netizen memahami dan berdoa agar dia dapat terus mampu beristiqamah berhijab.



Dalam pada itu, melalui catatan terbaharunya yang dipetik daripada video nokomen.com, Diyla yang merahsiakan penglibatannya merakamkan lagu memohon maaf dan berharap DSV faham apa yang dikehendakinya.

Walau pun masih bertugas namun jika keadaan memaksa beliau rela melepaskan tugasannya kerana mahu membina kehidupan baharu.

“Mungkin untuk kali ini Diyla kena buat macam ini untuk masa depan Diyla,” luahnya sambil menitiskan air mata.



‘Khilaf’ terbitan TWT Entertainment menjadi pertaruhan Diyla untuk menceburi bidang nyanyian dengan kos sendiri.

“Kami berkongsi membelanjakan kira-kira RM35,000 untuk merealisasikan impian kami ini dan dengan bantuan komposer Sam Daud selaku Ketua Pegawai Eksekutif TWT Entertainment yang menanggung sepenuhnya kos lagu manakala kos muzik video mendapat tajaan daripada beberapa usahawan seperti Kopi Mesin, terlaksanalah ‘Khilaf’ yang anda dengar sekarang,” ujar Diyla ketika ditemui bersama Faiz Aizif baru-baru ini.


Diyla bersama komposer Sam Daud (tengah) dan rakan duetnya, Faiz Aizif.


Menurut Diyla, lagu ‘Khilaf’ adalah lagu pengenalan atau ‘baby’ pertama daripada mereka dan jika mendapat sambutan akan meneruskan kerjaya seninya dengan lagu solo.

“Saya memang minat menyanyi sejak dibangku sekolah cuma masa tidak mengizinkan sehingga kini untuk mengasah bakat yang dianugerahkan Allah swt ini. Sudah tentu Diyla akan masuk kelas vokal sebab banyak lagi yang Diyla perlu hadam dan belajar,” tambahnya.

Ditanya genre apa yang menjadi kegemarannya, beliau menjawab,’Diyla teringin nak nyanyi lagu dangdut sebab Diyla memang meminati genre muzik itu tetapi jika rezeki yang hadir berkehendakkan Diyla menyanyi lagu lain samada Kpop ke balada ke, Diyla bersedia.’

Berharap akan terus mendapat sokongan ramai dalam mewarnai industri hiburan, Diyla berkata, ‘terimalah Diyla seadanya, yang mengenali Diyla memang tahu perwatakan Diyla tanya berhijab dan Diyla bukan buka tudung hanya kerana nak jadi artis rakaman tetapi realitinya itulah Diyla. Doakan yang terbaik dan terbuka hati Diyla untuk terus berhijab ya…” - KitaReporters


10
15
0
19
0

Copy Link: