Bicara Seni| Video| Road to RM100j! Blood Brothers dah tewaskan Sheriff! Akan tumbangkan Mat Kilau?
Published byFilem aksi ‘Blood Brothers: Bara Naga’ mencipta satu demi satu fenomena. Tujuan utamanya untuk mencapai kutipan tiket RM100 juta (Road To RM100 million) setelah 50 hari tayangan bakal tercapai sebelum sasaran awal itu untuk menjadi filem Malaysia tertinggi kutipannya sepanjang zaman.


Kini tumpuan rakyat Malaysia ialah pada hari ke berapakah tayangan ‘Blood Brothers: Naga Bara’ akan berjaya mengalahkan filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’?

Yusof Haslam (kanan) dan pelakon utama, Sharnaz Ahmad
Berdasarkan perkembangan terkini, ‘Blood Brothers: Naga Bara’ ia mampu mengatasi ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ kurang daripada 50 hari, mungkin di bawah 45 hari atau sebulan setengah selepas tayangan.
Dan selepas 60 hari akan menghitung berapakah kutipan di atas RM100 juta yang diperoleh.
Selain promosi secara giat dalam platform radio dan TV milik Media Prima, sejumlah barisan pelakon dan pengarah mengadakan promosi bergerak di seluruh negara.
Antaranya muncul dalam pelancaran papan LED gergasi di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu, 30 Mei 2025.

Difahamkan sejumlah pawagam memberi ruang membuka lebih banyak pawagam atau cineplex untuk tayangan ‘Blood Brothers’ sehingga menjejaskan tayangan untuk filem-filem tempatan lain yang ditayang hampir bersamaan tayangannya. FIem ‘Jilake’ antara yang terkesan.
'Blood Brothers-Bara Jiwa’ dengan modal RM7 juta yang ditayang mulai 10 April 2025 dijangka akan menjadi filem Malaysia paling tinggi kutipannya bagi jangka masa yang lama.
Dua anak Blood Brothers Dr Yusof Haslam ini mempunyai aura tersendiri menjadi pembikin filem yang berjaya. - KitaReporters

