Video| MV Baby Sayang trending! Lepasi 500k! Aliff Syukri, Baby Shima yakin lagu diterima ramai!

Published by
KitaReporters

Dua selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 35, dan Baby Shima, 29, yakin video muzik (MV) ‘Baby Sayang’ akan mendapat sambutan ramai dan akan mengatasi sejumlah MV lagu-lagu tempatan.

Keyakinan dua selebriti ini ada benarnya.




Dilancar pada jam 12 tengah hari, Rabu,  17 Ogos 2022 dan selepas 24 jam ia telah ditonton lebih 335,000 kali melalui saluran TV Terlajak Laris dalam YouTube.

Ia bergerak pantas. Dan selepas 30 jam (jam 6 petang Khamis, 18 Ogos) ia telah dtonton lebih 449 ribu kali. Dan pada jam 7 malam tontonan naik 465 ribu kali.Dan pada jam 8 malam meningkat kepada 475 ribu tontonan. 

Dan selepas tengah malam Khamis, 18 Ogos 2022, jumlah tontonan sudah mencatat lebih 500 ribu kali.

Sementara bagi Baby Shima atau Nur Ashima Ramli yang sudah menghasilkan sejumlah MV, ’Baby Sayang’ adalah  MV yang paling cepat bergerak dan diberi perhatian.

Setelah 15 minit dilancar, MV ‘Baby Sayang’ sudah ditonton lebih 37 ribu kali. Dan setelah 6 jam, ia telah ditonton lebih 100 ribu kali.



Mengenali Aliff Syukri, ia gemar melakukan perkara kontroversi. Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai video teaser lagu ‘Baby Sayang’ dengan gaya Baby Shima bergelek yang dikecam ramai.

Aliff Syukri menyatakan orang ramai perlu menonton MV penuh lagu itu sebelum memberi komen negatif.

Setelah menonton MV ‘Baby Sayang’, penulis melihat tiada aksi keterlaluan antara Aliff dan Baby Shima. Dan Baby Shima hanya memakai skirt dan seluar pendek dan sedikit goyangan dangdut yang mana perkara itu adalah perkara biasa jika di Indonesia. 

MV ‘Baby Sayang’ mengisahkan percintaan pasangan remaja dari alam persekolahan hingga berkahwin.




Jika hendak dilihat aspek kontroversi, MV ‘Kelepok Raya’ lebih ‘melampau’ kerana mengetengahkan sejumlah ‘lelaki lembut’ di dalamnya.

Bagi Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman yang juga dikenali sebagai Abang Terlajak Laris, dia berharap MV ‘Baby Sayang’ mampu menyaingi MV ‘Kelepok Raya’ yang tular dan telah ditonton 2.5 juta kali seJak dilancar pada 20 April 2022.

Apakah impian Abang Terlajak Laris akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita saksikan. Ia mungkin dapat diterima sejumlah masyarakat Indonesia.

Ini kerana irama dangdut ‘Baby Sayang’ ciptaan Amy Ukay sesuai dengan selera masyarakat Indonesia. Dan Baby Shima sudah dikenali di Indonesia dan merakam beberapa album dangdut di negara itu dengan menjadi artis rakaman Nageswara Record sejak 2017. - KitaReporters


10
15
0
11
1

Copy Link: