Video| Memalukan! Sekumpulan jemaah serang imam! Tak setuju tarawih 20 rakaat! Nak lapan sahaja!
Published byNamun masih ada umat Islam di wilayah itu cuba mencemarkan kesucian agama dengan melaku perkara tidak wajar.

Masjid Jamik Abu Indrapuri, Kabupaten Aceh Besar
Satu peristiwa memalukan berlaku di masjid bersejarah iaitu Masjid Jamik Abu Indrapuri, Kabupaten Aceh Besar pada malam Selasa, 3 Mac 2026 lalu.
Sekumpulan jemaah memberhentikan solat tarawih selepas selesai 8 rakaat dengan menyerang imamnya.
Ini kerana kumpulan jemaah itu hanya mahu melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat sedangkan masjid itu sudah tradisi menjalankan solat tarawih 20 rakaat.
Mujur serangan fizikal dan serangan mulut itu berjaya dikawal oleh sejumlah jemaah lain.
Serangan itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana jawatankuasa masjid enggan memanjangkan isu itu.

Namun peristiwa itu tular setelah beberapa laman sosial memuat naik video berkenaan perbalahan itu sehingga membuat sejumlah netizen memberi pandangan dan teguran.
Dan rata-rata netizen menyalahkan tindakan jemaah menyerang imam itu. Ini kerana ia sudah menjadi amalan masjid bersejarah itu melakukan tarawih 20 rakaat.
Tambah netizen, jika jemaah enggan menjalankan 20 rakaat, berhenti sahaja selepas lapan rakat dan lakukan solat witir memandangkan masih ramai jemaah lain yang ingin melakukan 20 rakaat.

