Penyanyi nombor satu negara, Da


tuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, mendedahkan kualiti nyanyiannya kini agak  terganggu gara-gara pernafasannya menjadi pendek selepas dijangkiti Covid-19

Menurut Siti, sebagai penyanyi, suara adalah aset terpenting dan kesan daripada jangkitan itu menyukarkan dirinya untuk mencapai nada tinggi bagi menyanyi sesebuah lagu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Nurhaliza Tarudin

Persembahan Siti Nurhaliza pada malam pertama konsert 'An Evening With Siti Nurhaliza'.


Bagi memberikan persembahan terbaik, Siti sanggup mengambil kelas seni pertahanan diri, Muay Thai. Dan Siti dapat merasai faedah menyertai latihan seni bela diri itu terhadap penafasannya

Di samping itu dia turut menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti renang di rumah.

Siti Nurhaliza mendedahkan perkara itu pada sidang media selepas persembahan pertama ‘Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza’ yang turut menampilkan Datuk Awie di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada malam hari Sabtu, 5 November 2022. 

Dalam konsert dua jam selama dua malam itu menyaksikan Siti Nurhaliza menyampai 17 lagu menerusi empat segmen, termasuk lagu medley dan duet bersama Awie. Siti bersyukur tetap dapat menyampaikan lagu-lagu dengan baik d isamping perlu mengwal suara dengan baik akibat kesan Covid-19.

Selain lagu balada, Siti turut menyampaikan beberapa lagu tradisional seperti ‘Pantun Budi’ dan ‘Ya Maulai' sebagai penutup persembahan.



Mengulas persembahan yang berlangsung selama dua jam itu, Siti melahirkan kepuasan kerana dapat memberikan persembahan terbaik. 

Siti mengakui, semangat yang ditunjukkan oleh penonton meresap ke dalam dirinya untuk mempamerkan persembahan yang memberikan kepuasan kepada semua yang hadir.

Bagi Siti, konsert selama dua malam itu adalah persembahan eksklusif bagi mengutip dana untuk Yayasan NurJiwa dan penganjuran kali ini sangat istimewa sebab mendapat respons baik daripada orang ramai.

Jualan tiket sangat memberangsangkan bagi kedua-dua malam. Dan susunan lagu  ada yang dibawa dalam versi asal dan diberikan nafas baharu di bawah pimpinan pengarah muzik, Aubrey Suwito.



Siti pada Ogos lalu  mengaku mengalami simptom Covid-19 berpanjangan selepas dijangkiti wabak tersebut sebaik pulang bercuti dari London.

Sejak itu, dia kerap mengalami batuk-batuk, namun bersyukur keadaan itu tidak mengganggu setiap persembahan pentas yang dijayakan.

Selain diri sendiri masih mengalami kesan Covid-19, sebaik selesai konsert malam pertama, Siti menerima khabar duka ibunya, Siti Salmah Bachik juga dijangkiti Covid-19.

Berita tersebut dikongsikan Siti dalam hantaran InstaStory selepas menghabiskan konsert hari pertamanya.

Siti Nurhaliza bersama ibunya Siti Salmah Bachik

“Balik bilik tengok telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak baru lega,” katanya.

Siti bersyukur kerana ibunya, Siti Salmah Bachik mengalami simptom ringan seperti sakit badan dan batuk yang tidak teruk.

Menerusi hantaran perkongsian tersebut, Siti memohon peminatnya berdoa supaya ibunya cepat sembuh. “Ya Allah, jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh. Mak kuat,” tambahnya.

Mak Salmah tidak kelihatan pada malam pertama di konsert ‘Music Of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza’. 

Hanya kelibat adik-beradiknya, Siti Norsaida dan Siti Norsairah bersama anak saudaranya Ummi Umairah menyaksikan. - KitaReporters


10
15
0
15
0

Copy Link: