PELAKON Fatin Afeefa, 28, melayari perkahwinan kali ketiga dengan memilih lelaki berstatus jutawan saham bernama Aliff Awang sebagai suami.

Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin sah menjadi isteri kepada Aliff, berusia awal 30-an, dengan hanya sekali lafaz pada jam 8.40 malam, Jumaat, 30 Disember 2022. Majlis pernikahan diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis-majlis perkahwinan

Aliff Awang, jutawan muda bidang pelaburan saham secara dalam talian


Berita perkahwinan yang tidak dihebahkan kepada media ini dikongsikan oleh jurusolek ternama tanah air, Datuk Alha Alfa yang bertindak mengoles atau mencantikkan pelakon yang dikenali menerusi filem ‘Tentang Bulan’ ini.

“Fatin Afeefa, congrats dear,” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin yang memakai busana pengantin serba putih.

Sementara itu menerusi entri berbeza, Alha turut berkongsi sekeping foto Fatin selepas mendapatkan sentuhan magis solekannya

“Terima kasih kerana mendapatkan khidmat saya,” tulisnya.



Bagaimanapun Alha tidak menyatakan butir-butir lanjut mengenai mas kahwin dan barangan hantaran. Namun pada  November 2022 lalu, Fatin, memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang namun tiada perincian lanjut.

Aliff Awang dikatakan menjadi jutawan setelah 4 bulan menyertai perniagaan saham dalam talian. Dalam TikTok dia mengguna nama Opaifx yang memberi galakan  rang ramai menyertai pelaburan saham dalam talian.




Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017 dan mempunyai anak perempuan Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun. 

Sementara daripada perkahwinan pertamanya, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. Fatin kini sudah mengurangkan kegiatan seni dan lebih tertumpu dalam bidang peniagaan.

Dia pernah menggemparkan masyarakat apabila memaparkan membeli sebuah kereta Mercedes hanya setelah enam bulan berniaga.

Sementara itu bekas suami, Adam Shahz mengucap tahniah atas perkahwinan itu, sambil meminta Fatin tidak lupa akan tarikh 26 Januari 2023 kerana ia tarikh tuntutan hak penjagaan anak mereka,  Ivy Herra Sophia. - KitaReporters

/  

Fatin, Adam Shahz dan anak ketika masih menjadi suami isteri.

11
14
1
10
0

Copy Link: