Berkongsi rezeki dengan pengunjung Kompleks Campbell Kuala Lumpur, Datuk Jamal Abdillah dan Ramlah Ram antara barisan selebriti yang tampil dalam program khidmat masyarakat (CSR) Amal Qaseh yang berlangsung pada 24 April 2021 lalu.

Lebih menarik, Jamal dan Ramlah meredah kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengagihkan 200 pek Ezmeals untuk hidangan berbuka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jamal Abdillah

Kredit gambar-gambar: Abd Razak Aid 


Program amal ini merupakan inisiatif pihak Ezmeals Solutions Sdn Bhd di bawah kumpulan Ana Global Ventures Sdn Bhd bersama UtusanTV bagi menyantuni orang ramai pada kala mereka sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Ana Global Ventures (AGV) dan juga pengasas Ezmeals Solution Sdn Bhd, Hasniza Hassan (gambar bawah)program ini diwujudkan bagi membantu memudahkan orang ramai dalam penyediaan hidangan makanan, lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik Covid-19 melanda.




“Syukur program CSR Ezmeals X UtusanTV ini berjalan lancar dan objektif utama kami ialah untuk menimbulkan kesedaran pengguna akan wujudnya produk makanan ready-to-eat, hanya koyak dan hidang

"Untuk program hari ini, sebanyak 200 pek Ezmeals telah diagihkan kepada pengunjung Kompleks Campbell. Kami berharap dapat membantu mereka yang sibuk dan tiada masa untuk memasak, namun dapat sajikan yang terbaik buat keluarga dengan produk Ezmeals.

“Di samping itu, kami turut membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menderma dengan melancarkan Kempen BUDI (Beli Untuk Derma Ikhlas). Menerusi kempen ini, pek yang dibeli akan disumbangkan kembali kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan,” jelas Hasniza.



Kempen BUDI merupakan usaha Ezmeals dalam menyediakan platform yang memudahkan orang ramai untuk turut sama bersedekah dan memberi manfaat kepada yang memerlukan. Sasaran kempen ini akan diserahkan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Program Amal Qaseh ini merupakan program CSR sumbangan dua syarikat lain di bawah kumpulan Ana Global Ventures Sdn Bhd iaitu Ana Edar Sdn Bhd (AESB) dan Qaseh Health Resources (QHR).

Selain Jamal dan Ramlah, program ini turut disertai Ara Johari dan kumpulan Madam.

CSR ini turut melibatkan Harvest Cafe selaku penaja hidangan berbuka di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur. Menawarkan lebih 60 menu dengan hanya RM40.00 bagi dewasa manakala RM20.00 untuk kanak-kanak dan warga emas. - KitaReporters




0
3
2
2
0

Copy Link: