Video| Anak tercabar! Apabila emak dia usia 62 tahun lebih terer bermain roller skate daripada dia!

Published by
KitaReporters


RATA-RATA generasi muda sekarang ramai yang tidak tahu untuk bermain roller skate (kasut roda) kerana tidak didedahkan sewaktu kecil.

Begitu juga dengan seorang pemuda ini apabila beliau dilihat meletakkan video ibunya sedang bermain roller skate dengan yakinnya sehingga tular dalam TikTok.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kasut-kasut


Dilihat daripada video ini, ibu kepada pemuda ini sedang bermain roller skate di sebuah tempat bermain roller skate.

Kelihatan ibunya yang berusia 62 tahun bermain sama seperti seorang profesional sehingga tercabar dirinya semasa melihat aksinya dari jarak jauh.



Rata-rata netizen yang menonton video ini berpendapat bahawa zaman muda ibu kita dahulu ini adalah permainan mereka yang ramai tidak tahu. 

Kita agaknya kalau main risau terjatuh banyak kali je, sebab tu jangan pandang sebelah mata kepada mak cik-mak cik yang main roller skate. - KitaReporters


13
6
0
8
0

Copy Link: