ADA ‘MANGKUK’ MENYAMAR JADI SYAMSUL YUSOF

Published by
KitaReporters

Sebagai figura umum, golongan artis terdedah dengan pelbagai taktik individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menyamar menjadi dirinya. Ada yang menggunakan nama dan gambar artis tanpa kebenaran untuk mengaut keuntungan. Tindakan ini mengundang risiko kepada artis sekiranya ia disalah guna. : KitaReporters

Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof 


Bagi artis yang berkemampuan untuk membawa individu terbabit ke muka pengadilan dan membayar upah peguam, pasti si pelaku tidak akan terlepas.

Namun, apa yang berlaku kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, kesnya agak berbeza kerana bukan nama atau gambar yang disalah guna tetapi suaranya.

Bayangkan, betapa terdesaknya pihak tidak bertanggungjawab tersebut sehingga suara pun ditiru mirip suara artis terkenal.

Syamsul menerusi laman sosialnya memberi amaran kepada individu yang meniru suaranya menerusi aplikasi Bigo agar memadam segera akaun tersebut.

Syamsul memberi amaran kepada individu yang menyamar suaranya.


“Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya, tolong padam akaun Bigo tu cepat. Sebab saya penat nak saman orang turun naik mahkamah ni, Jadi, tolong jangan paksa. Padam sekarang,” tegasnya.

Sebelum ini, Syamsul dan bapanya, Datuk Yusof Haslam pernah menang tuntutan saman terhadap individu yang memuat naik dan menyebarkan filem Munafik 2 dalam media sosial tanpa kebenaran.

Sementara itu, netizen menyokong penuh sekiranya Syamsul mengambil tindakan ke atas individu yang menyamar suaranya itu.


Ada juga netizen mendakwa individu tidak bertanggungjawab itu menyembunyikan wajahnya ketika membuat live dalam aplikasi berkenaan, namun suaranya benar-benar sama dengan suara Syamsul.

Perbuatan tersebut sekali gus mengelirukan netizen khususnya peminat Syamsul sendiri. 

Walaupun kes sebegini sering terjadi dan sudah diambil tindakan, namun masih ada yang tidak serik serta mengambil pengajaran daripadanya. - KitaReporters

0
1
0
0
0

Copy Link: