Majlis Angkat Sumpah Pelantikan.


Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka telah diadakan pada 11 Februari 2022 lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, memandangkan Ahli Majlis yang dilantik ini merupakan ‘duta kecil’ antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan anggota masyarakat di sesebuah kawasan, maka mereka perlu amanah dan bertanggungjawab memainkan peranan mereka.

Katanya, tumpuan dalam aspek pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat perlu diutamakan. Mereka perlu memahami matlamat PBT sebagai kerajaan tempatan serta dasar kerajaan negeri dan Persekutuan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PBT

Majlis angkat sumpah Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Melaka. 


"Dalam melaksanakan kewajipan dan tugas sebagai Ahli Majlis, lengkapkanlah diri dengan ilmu dan kefahaman terhadap fungsi, peranan dan tugas yang disandang.

“Peka terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, prihatin permasalahan masyarakat setempat serta ambil tahu isu-isu tempatan, nasional mahupun pada peringkat global,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Ahli Majlis PBT di sebuah hotel di Melaka.

Beliau berharap setiap Ahli Majlis PBT perlu turun padang melihat keadaan sebenar serta memahami keperluan penduduk di kawasan masing-masing.

“Ahli Majlis penasihat kepada PBT mengikut profesion atau kepakaran masing-masing yang dilantik ini perlu memainkan peranan bagi memacu pembangunan Melaka lebih mampan dan bertanggungjawab sebagai Ahli Majlis,’ katanya.


Majlis berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, tahun ini kerajaan negeri masih meneruskan pelantikan Ahli Majlis dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), wakil Pertubuhan Belia dan wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) di setiap PBT. 

Majlis angkat sumpah dimulakan oleh Datuk Zainal Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), disusuli Mohd Fadhil Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Datin Sapiah Haron; dan Datuk Shadan Othman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Ketua UMNO Cawangan Lendu Dalam, Leftenan Kolonel (Bersara) Abd Basir Amit antara muka baru yang dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Beliau yang sebelum ini aktif dalam memfokuskan kebajikan veteran dan masyarakat setempat selepas bersara dari ATM iaitu pada tahun 2014. - KitaReporters


Sesi bergambar selepas majlis yang diadakan.

7
14
0
17
0

Copy Link: