Penduduk Kampung Nongka, Napoh di Jitra, Kedah tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menangani penularan pandemik COVID-19 ketika menjalankan kerja menghiasi kampung itu.


SERAMAI 20 orang anak muda dan veteran Kampung Nongka, Napoh di Jitra, Kedah berjaya menyiapkan replika wau bulan berukuran lebar 2.74 meter dan panjang 3.05 meter yang dihiasi dengan Jalur Gemilang di pintu masuk kampung itu.

Penyelaras program Ahmad Azrul Azibun Din, 39, berkata kesepakatan penduduk di Kampung Nongka ini membolehkan mereka berjaya mengumpul RM3,000 untuk membeli Jalur Gemilang dan peralatan-peralatan lain bagi menyiapkan replika wau bulan itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jalur Gemilang

Muhammad Shahrul  Hashim (berdiri) bersama Mohd Taqyuddin Ali sedang mengantung wau bulan di pintu masuk Kampung Nongka, Napoh.


Penyelaras program Ahmad Azrul  Azibun Din.


Semangat kemerdekaan penduduk di sini dapat dilihat melalui sumbangan yang disalurkan ketika kami memaklumkan untuk membeli Jalur Gemilang bagi menghiasi kampung ini,” katanya ketika ditemui.

Rata-rata penduduk di Kampung Nongka bukan sahaja menghulurkan sumbangan wang malah bersama-sama menyiapkan wau bulan dan mengantung Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-64 yang bertemakan Malaysia Prihatin.


Penduduk kampung mengantung jalur gemilang di kediaman mereka.


Gerak kerja gotong-royong itu juga dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menangani penularan pandemik COVID-19.

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September 2021 ini, Ahmad Azrul berharap rakyat Malaysia akan berasa bangga kerana dapat mengibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah mereka nanti selain daripada persekitaran kampung. - KitaReporters


 

Wau bulan yang dihasilkan siap untuk menghiasi pintu masuk ke Kampung Nongka, Napoh itu.

1
0
0
0
0

Copy Link: