SISA kehidupan bagi warga emas biasanya diisi dengan menghabiskan masa lapang dengan anak cucu sambil berehat di rumah. Tapi berbeza bagi warga emas dari Wales ini yang mengakui bosan dan penat selepas ‘terkurung’ berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan Britain dan menggunakan waktu lapang itu dengan melakukan aktiviti lasak dan mencabar. : KitaReporters

BERANI...wanita warga emas bersahaja memanjat tebing batu di kawasan kediamannya di Wales. Mirror.co.uk


Bukan calang-calang yang boleh melakukan aktiviti ini, bagi yang muda belum tentu mereka berani melakukan aktivit tersebut. 

Aktiviti yang dilakukan wanita berkenaan adalah memanjat tebing batu di tepi kediamannya.

Hebat bukan, bukan sahaja mencabar tapi sangat berbahaya bagi warga emas seperti dirinya.

Namun Judith Plowman yang dipetik portal Mirror.co itu kelihatan bersahaja ketika melakukan cabaran berkenaan.

Nenek berusia 71 tahun itu berkata, bagi mengisi waktu lapang dia mencabar diri untuk melakukan aktiviti lasak tersebut.

Malah, melakukan aktiviti memanjat tebing batu di kediamaan itu mengingatkan dia pengalaman mendaki gunung di Snowdonia, sebelum ini.

ANAK lelakinya yang membimbing dia sepanjang latihan memanjat tebing membuatkan wanita warga emas itu lebih selesa.


"Saya gunakan kemahiran yang ada untuk lakukan aktiviti ini di kawasan rumah sepanjang tempoh perintah berkurung. 

“Aktiviti ini jugam embolehkan saya mahir dalam penggunaan tali supaya mudah saya daki gunung dan panjat tebing batu selepas ini," katanya.

Malah dia beruntung kerana mendapat bimbingan dalam aktiviti lasak itu daripada anak lelakinya sendiri.

“Bila panjat tebing ia memberi saya perasaan gembira yang cukup luar biasa, namun ada ketika saya juga merasakan takut.

Kongsinya, walaupun mengakui aktiviti yang dibuatkan itu berisiko dan tidak sesuai kerana sangat mencabar terutama pada usianya.

Namun wanita berani itu mengakui melakukan aktiviti lasak berkenaan membuatkan dia merasa puas dan perasaan gembira yang luar biasa.

WANITA warga emas itu mendakwa dengan melakukan aktivit lasak tersebut membuatkan dia puas dan gembira yang luar biasa.


Jom kita saksikan aktiviti lasak yang dilakukan:


"Aktiviti lasakini seperti menyertai permainan puzzle, kita harus cari jalan terbaik untuk sampai ke puncak dengan selamat," katanya. - KitaReporters

8
2
0
0
0

Copy Link: