Hebat Sarawak! Sibu International Powerboat Race (SIPR) 2026 terbukti berjaya melakar sejarah yang mengharumkan nama Sarawak dan juga Malaysia.


Salah satu bot laju dari pelbagai negara yang menyertai Sibu International Powerboat Race 2026.

Penyertaan sebanyak 251 bot laju dari dalam dan luar negara dari 24 hingga 26 April 2026 lalu menjadikan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Antarabangsa Sibu ini sebagai pencapaian yang amat membanggakan.

Ia bukan sahaja mencatat sejarah sebagai penyertaan bot laju terbanyak dalam satu pertandingan, tetapi juga tercatat dan diiktiraf serta disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Kejohanan yang diadakan di tebingan sungai Pulau Li Hua, Sibu bukan sahaja diiktiraf oleh MBOR sebaliknya mencipta rekod baharu.


Penyertaan pelbagai negara menjadikan perlumbaan bot laju Sarawak sebagai satu kejohanan yang menarik.

Kejohanan Bot Laju Sibu, Sarawak 2026 mendapat penyertaan 251 bot laju.


Kejohanan ini juga mampu menjadi pemangkin untuk memperkasakan penganjuran bertaraf antarabangsa.

Program yang disaksikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof mampu untuk merancakkan lagi pembangunan sukan air serta pelancongan di Sarawak, khususnya Sibu.


Satu lagi bot laju yang turut serta dengan pelbagai bentuk dan corak.

Satu lagi bot laju luar negara yang menyertai perlumbaan di Sibu, Sarawak.


Sementara itu, tahniah Pulau Pinang kerana telah berjaya membuktikan kemampuan menghimpunkan seramai 720 peserta dari 10 buah negara selama tiga hari.

Kejohanan Judo Jemputan Pulau Pinang yang diadakan mulai 17 hingga 19 April 2026 di Sunshine Central, Pulau Pinang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Australia, Uzbekistan, Hong Kong, Filipina,Thailand, Jepun, Singapura, Vietnam dan Indonesia adalah antara negara yang telah berkampung di Pulau Pinang selain Malaysia.


Antara peserta KeJohanan Judo yang berkampung di Pulau Pinang selama tiga hari. 

Antara peserta dari 10 buah negara yang berhimpun semasa Kejohanan Judo Jemputan Pulau Pinang.

Peserta junior yang turut mempamerkan kemampuan masing-masing sejak 17 April 2026.

Kejohanan yang telah bermula sejak 2018 secara kecil kini telah berjaya menarik banyak negara di samping memberi peluang kepada atlet muda negara untuk membuktikan kemampuan masing-masing sehingga kini.

Seawal usia lapan tahun mereka telah pun diberi peluang dan pendedahan yang memberi manfaat sehingga ke peringkat senior.

Lebih menarik apabila Kementerian Belia dan Sukan menerusi Geran Padanan Sukan (GPS) meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000 bagi menyokong penganjuran kejohanan judo yang lebih kompetitif demi mengasah atlet muda negara ke peringkat dunia. 


Salah seorang peserta junior yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan judo yang diadakan mulai 17 hingga 19 April 2026.

Sejajar itu, Kerajaan Madani menerusi Madani GPS telah memperuntuk RM30 juta mulai tahun 2026 bagi menyokong penganjuran acara sukan bertaraf dunia di negara ini. 

Peluang yang ada harus direbut. - KitaReporters

 

13
15
0
9
0

Copy Link: