Pelakon dan pengacara Yasmin Hani, 43, menafikan tinggal sebumbung dengan tunangnya, namun mengakui Alif Hadi, (Mohammad Alif Abdul Hadi), 34, kerap datang ke rumahnya untuk makan ketika ibu dan dua anaknya serta pembantu berada di rumah

Yasmin membuat pengakuan itu sebagai menjawab tuduhan sejumlah pihak dalam laman sosial yang mendakwa dia kini tinggal sebumbung dengan tunangnya.



“Dia selalu datang rumah saya untuk makan. Sampaikan kalau dia tidak ke rumah, pembantu rumah saya sendiri kata sunyi bila Alif tak datang. Tiada siapa nak habiskan makanan.

Yasmin atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson meluahkan rasa kesal terhadap pengguna laman sosial yang sering berprasangka buruk tanpa memikirkan perasaan keluarga orang lain.

Menurutnya, situasi orang berkunjung ke rumah adalah perkara biasa dan tidak perlu dijadikan bahan bualan ramai.

"Kalau ahli keluarga datang ke rumah kita, kita layan seperti biasa kan? Tapi kenapa bila orang luar, bila kekasih datang rumah, ada yang kata kita tinggal serumah," kata Jasmin yang ditemui pada sidang media program realiti baharu, Dapur Tempur siaran TV9 di Flower Girl Coffee, Sunway Geo Avenue, Sunway, Selangor baru-baru ini.



Menyentuh mengenai hubungannya dengan Alif, menurut Hani, kedua-duanya masih mencari waktu yang sesuai untuk berumah tangga. Apa yang pasti bukan dalam tahun ini (2022). 

"Tidak ada apa yang perlu dikejarkan. Saya mahu pastikan Alif benar-benar bersedia kerana saya mempunyai cara sendiri menguruskan keluarga. Buat masa ini kami belum ada perancangan ke arah itu.

"Anak saya memang selesa dengan Alif, tapi dia pun ada ayah sendiri. Jadi, ia adalah proses yang panjang untuk menyesuaikan dengan waktu. Kalau kami memang mahu berkahwin, saya akan umumkan kepada semua," katanya.



Jasmin pernah berkahwin dengan Shahrin Razali kira-kira 10 tahun iaitu dari tahun 2011 sehingga awal 2022 dan mempunyai dua anak iaitu Noah Ismail dan Eissa Elzander.

Tidak lama selepas perceraian, Jasmin mula rapat dengan pelakon dan pengacara Alif Hadi.

Alif juga kini dalam proses merapatkan hubungan dengan dua anak Jasmin. Menurut Jasmin, ia adalah proses penting bagi menjamin hubungan rumah tangga kali kedua akan lancar.

Justeru, ia akan mengambil masa beberapa bulan menjadikan tarikh perkahwinan tidak akan berlangsung dalam masa terdekat. - KitaReporters


6
14
0
10
0

Copy Link: