AZMI SAAT, penyanyi utama kumpulan Caliph Busker, menyanyikan lagu ‘Penghujung Rindu’ yang dipopular oleh Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri pada episod ketiga Immotal Songs, sekali gus mendapat pujian penciptanya Fauzi Marzuki. : KitaReporters

Azmi sudah biasa membawakan lagu 'Penghujung Rindu'. Kredit foto: @azmi_saat


Azmi seterusnya muncul sebagai juara episod ketiga Immortal Songs, TV3  pada malam Ahad, 13 September 2020.  Sebagai  pemenang bagi ‘Susunan Muzik Terbaik’, Azmi menerima RM10,000.

Dia menerima 735 markah daripada markah penuh 800 untuk menewaskan lima penyanyi lain. Saingan terdekatnya ialah Amin Masdi (720) dan Fieza Julia (712). Penyanyi-penyanyi lain ialah Lokman Faiz (626), Tajul Ariff (493) dan kumpulan Masdo (554).

Markah Azmi adalah kedua tertinggi berbanding pemenang minggu pertama dan kedua iaitu Hael Husairi 686 markah, dan Naim Daniel 766 markah.

Komposer veteran Fauzi Marzuki, 64, menjadi karyawan legenda bagi program minggu ketiga Immortal Songs.


Fauzi Marzuki memuji cara nyanyian Azmi Caliph Busker. Kredit foto; @IG azmi_saat


Enam lagu popular ciptaan Fauzi Marzuki diubah suai oleh keenam-enam penyanyi.

Lagu-lagu itu ialah ‘Jejaka Idaman’ (nyanyian asal Raja Ema/nyanyian semula kumpulan Masdo), ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ (Nash/Tajul), ‘Penghujung Rindu’ (Jamal Abdillah/Azmi), ‘Lagenda’ (Sheila Majid/Lokman), ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ (Ella/Amir) dan ‘Di Alam Fana  Cintaku’ (Fotograf/Fieya).

Karyawan seni legenda terbabit untuk program ini ialah Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M Nasir dan Fauzi Marzuki.

'Immortal Songs’ berdasarkan program terbitan sebuah stesen TV di Korea Selatan, KBS,  yang mengguna jodol yang sama.

Program ini diterbit bagi mengganti program ‘I Can See Your Voice (ICSYV) musim ketiga. Ia mengemukakan 42 penyanyi generasi baru yang diminta mengolah lagu-lagu selebriti sensasi yang dipilih.

'Immortal Songs' ditaja oleh syarikat tenusu Farm Fresh. - KitaReporters




0
0
1
0
0

Copy Link: