Fauziah Nawi turut terkesan dengan penutupan industri kreatif.


Pada 13 Januari 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ke atas enam negeri. 

Namun, disebabkan kes COVID-19 semakin meningkat, maka pada 22 Januari 2021, PKP 2.0 telah dikenakan di seluruh negeri kecuali Sarawak. Dan pada 2 Februari 2021, PKP 2.0 dilanjutkan hingga 18 Februari 2021 di seluruh negeri kecuali Sarawak.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKP 2.0:

https://kitareporters.com/search?search=pkp+2.0



Dalam tempoh PKP, beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Namun, malangnya buat industri kreatif yang melibatkan para karyawan seni tidak termasuk dalam kategori yang dibenarkan. Jadi, para karyawan seperti pelakon, penyanyi, pemuzik dan lain-lain tidak dapat bekerja, sekali gus membuatkan sumber pendapatan mereka terputus.


Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, industri kreatif dilarang beroperasi.


Hal itu menyebabkan salah seorang karyawan yang juga pelakon hebat, Fauziah Nawi meluahkan perasaannya menerusi media sosial agar ia didengari pihak atasan.

Memandangkan keadaan ekonomi para karyawan semakin genting, Fauziah memohon dan merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong agar membenarkan sektor kreatif dibuka kembali.

“Rasa nak merafak sembah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk sampaikan pesan kepada Perdana Menteri dan Menteri Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya membenarkan karyawan shooting semula dengan patuh SOP yang ditetapkan. Tuanku, rakyat grup production dalam keadaan genting. Ampun Tuanku.

“Moga pihak atasan mendengar melihat keadaan kami penerbit, pengarah, tim teknikal, tim produksi, VO talents, penulis, ahli muzik, penyanyi dan penari. Izinkan kami turun padan kerja demi kelangsungan hidup kami,” luah Fauziah Nawi.


Fauziah Nawi merayu agar industri kreatif dibuka kembali.


Rayuan dan luahan Fauziah itu turut disokong oleh rakan artis yang lain. Malah, bukan sahaja pelakon, karyawan belakang tabir juga terkesan seperti pengalih suara.




Para karyawan lain turut terkesan dengan penutupan industri kreatif.


Mereka turut merasai kesan daripada penutupan sektor kreatif. 

Semoga luahan dan rayuan Fauziah Nawi didengari pihak kerajaan dan seterusnya memberi kelonggaran untuk mereka kembali berkarya dengan SOP yang ketat. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: