Nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, trending dalam Twitter apabila berada di tempat ke-27 dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time (100 Pemuzik Paling Banyak Dianugerahi Sepanjang Zaman)

Siti mendapat jumlah anugerah 329, iaitu sama dengan penyanyi, pelakon dan produser filem veteran Filipina, Nora Aunor, 68, yang diberi tempat pada tangga ke-26.

Namun dengan jarak usia yang agak jauh, Siti Nurhaliza dijangka mampu mengatasi kedudukan Nora Aunor dalam sedikit masa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penerimaan anugerah



Sepuluh penyanyi antarabangsa yang menerima anugerah terbanyak ialah Michael Jackson (1,003 anugerah), Beyonce (896), Taylor Swift (867), BTS (784), Justin Bieber (720), Whitney Houston (714), Lady Gaga (566), Ed Sheeran (561), Elvis Presley (521) dan Rihanna (492).

Menerusi akaun Twitter sumber utama perkembangan pemuzik antarabangsa iaitu The Artist Museum, Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-27 dengan memperoleh sebanyak 329 anugerah sepanjang berada dalam industri seni.

Dengan kedudukan itu, Siti Nurhaliza mengalahkan sejumah penyanyi terkenal dunia. Antaranya Justin Timberlake (322 anugerah), Katy Perry (310), Celine Dion (296) IU Korea (233).

Turut dikalahkan ialah V Usher, Nicky Minaj, Katy Pery,  Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta Twice.


Kredit foto: Twitter The Artist Museum


Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dan berbangga dengan pencapaian hebat penyanyi nombor satu Malaysia itu dengan jumlah anugerah yang mengalahkan beberapa selebriti terkenal dunia.

Siti Nurhaliza adalah artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehingga rekodnya dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini.

Sehingga kini, penyanyi ini  telah menerima dan memenangi lebih daripada 300 anugerah tempatan dan antarabangsa.

Antaranya, 42 anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM), 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu (AJL), empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records. - KitaReporters



11
12
0
12
0

Copy Link: