Video| Cepat dik, lari, lari! Awak no.1! Kakak tepi jalan bersorak! Bagi semangat walau tak kenal!

Published by
KitaReporters


ZAMAN sekolah ramai antara kita yang pernah menyertai sukan merentas desa yang dianjurkan di sekolah walaupun berasa sangat penat namun itulah kenangan yang tidak akan dilupakan berlari bersama kawan-kawan.

Namun tak kurang juga ada yang berjalan dan ada yang sangat bersemangat berlari dengan bersungguh-sungguh demi pingat yang ingin diperolehi.

Berbeza dengan seorang wanita yang kelihatan sedang bersorak dengan penuh semangat kepada pelajar-pelajar sekolah sehingga mencuri tumpuan orang ramai yang menonton video dalam Tiktoknya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah-sekolah


Dari video ini dilihat beliau menjerit sekuat-kuat hati untuk memberi semangat kepada dua pelajar yang sedang berlari di hadapannya, yang dilihatnya bakal mendapat tempat pertama dan kedua pada sukan merentas desa.

Walaupun tidak mengenali kedua-dua pelajar ini. tetapi semangat kesukanan wanita ini yang terkobar-kobar membuatkan pelajar itu lebih semangat walaupun hanya bersorak dari jarak jauh.



Rata-rata netizen yang melihat video Tiktok ini memberi reaksi dengan menceritakan kenangan lama semasa menyertai merentas desa di sekolah mereka. - KitaReporters


9
6
0
12
0

Copy Link: