Liga Juara Asia 2023: JDT bermula langkah kiri! Tewas 0-1! Tapi tampil permainan terbaik, meyakinkan!

Published by
KitaReporters


Johor Darul Ta'zim (JDT) membuka saingan Liga Juara Asia (ACL) 2023 kumpulan 1 dengan langkah kiri selepas tewas tipis kepada wakil kelab Liga 1 Jepun Kawasaki Frontale 0-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 19 September 2023. 

Jaringan lewat separuh masa pertama oleh Marcinho membolehkan skuad kendalian Toru Oniki membawa pulang tiga mata penuh ke Jepun. 

Biarpun tewas dalam perlawanan pertama, pujian perlu diberikan kerana mereka telah mempamerkan aksi yang terbaik sehingga menyukarkan lawan mereka untuk bermain. 

Malahan deretan peluang yang terhidang juga gagal terjemahkan dalam bentuk jaringan. 

Arif Aiman juga berpeluang untuk mendapatkan penalti buat pasukannya namun pengadil perlawanan mengambil keputusan tidak memberikan selepas melihat Video Assistant Referee (Pengadil Berbantukan Video atau VAR). 

Ini membuktikan skuad bimbingan Esteban Solari berada di kelas tersendiri dan mampu bersaingan dengan pasukan terbaik dari Asia. 

Skuad kendalian Oniki ternyata berada pada tahap terbaik dalam saingan ACL meskipun bergelut dalam saingan Liga 1 Jepun. 

Pengalaman bermain di pentas Asia ternyata memberi kelebihan buat mereka. 

Malah dalam perlawanan tersebut kita boleh lihat kedua-dua pasukan bermain dengan intensiti tinggi dan hantaran pendek untuk mencipta pelbagai gerakan serta peluang bagi menjaringkan gol. 


Arif Aiman menampilkan permainan memukaukan apabila berjaya kucar-kacirkan pertahanan lawan. Foto Facebook JDT


Harimau Selatan akan terbang ke Thailand pada 3 Oktober 2023 depan untk berhadapan BG Pathum United dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan. 

Sudah pasti kedua-dua ingin mendapatkan mata selepas tewas dalam perlawanan pertama. 

JDT perlu bangkit memburu tiga mata penuh untuk memburu kedudukan terbaik dalam kumpulan agar dapat melangkah ke pusingan seterusnya. - KitaReporters

8
12
0
8
0

Copy Link: