Peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi bergambar kenangan sebelum memulakan jelajah Terengganu


SERAMAI 35 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Terengganu menyertai program Consumer Bike Ride (CBR) 2022 peringkat negeri itu.

Program CBR anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melibatkan pelepasan konvoi bermotorsikal bermula dari Pekarangan Pejabat KPDNHEP Kuala Terengganu. 

Ia telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan motosikal berkuasa tinggi

Konvoi peserta motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah Terengganu


Konvoi bermotorsikal ini melibatkan jarak perjalanan pergi dan balik sejauh 250 kilometer yang mengambil masa selama 10 jam perjalanan.

Sempena program tersebut, pelbagai aktiviti kepenggunaan telah dilaksanakan sepanjang sesi konvoi ini melibatkan 5 checkpoint (lokasi semakan).

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah penyerahan sumbangan Food Bank Siswa kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak University College Bestari (UCB) dan telah diserahkan kepada Naib Canselornya, Prof Dr. Sulaiman Yamin.

Peserta-peserta konvoi juga telah bersama-sama mengedarkan pamplet kepenggunaan berkaitan dengan hak-hak pengguna, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Price Catcher dan Rakan KPDNHEP kepada pengunjung-pengunjung di Pasar Pagi Permaisuri. 

Aktiviti ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Daerah Setiu.


Penyerahan  sumbangan Food Bank kepada pengurusan University College Bestari, Bandar Permaisuri, Setiu


Di samping penyampaian sumbangan food bank (bank makanan), acara konvoi ini diteruskan dengan aktiviti Kelestarian Alam Sekitar iaitu menanam anak pokok yang disumbangkan oleh Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut.

Program ini turut disertai Pegawai Hutan Daerah Terengganu Utara, Wan Radzi Wan Abdullah.

Selain itu, penyerahan sumbangan Food Bank Komuniti kepada keluarga asnaf di Kampung Bekok dan Kampung Oh, di Hulu Besut yang melibatkan 10 orang penerima terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan B40 dengan kerjasama daripada JPKK dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut.


Penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Bekok, Hulu Besut


Sesi konvoi bermotosikal Consumer Bike Ride 2022 ini turut disertai Pengerusi TBikers Datuk Roslee Chik; Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Tengku Mohd Ariffin Tengku A. Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Mohd Huzairil Nizam; dan Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Zain Mat Dris. 

Diharapkan program Consumer Bike Ride 2022 ini bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti bermotorsikal yang prihatin dan bertanggunjawab, malah diharapkan program ini dapat terus meningkatkan lagi tahap kesedaran pengguna dan menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna yang tahu tentang hak-hak mereka sebagai pengguna, merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak. - KitaReporters


Sebahagian pelajar University College Bestari, Setiu bergambar kenangan bersama peserta konvoi

13
15
1
14
0

Copy Link: