KELAB Patriot Chapter Perlis Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Komuniti Mahasiswa Perlis (KOMAPs) buat julung kalinya menganjurkan ibadah korban dan akikah di Mekah dengan kerjasama Ibtisam Catering.

Pengarah Programnya Muhammad Tasnim Abd Razar berkata program diberi nama Qurban & Aqiqah 1442 Bersama Ibtisam Catering di Mekah ini akan diadakan bagi membantu fakir miskin di sana.

Buat pertama kalinya, portal KitaReporters diberi peluang untuk menjadi penaja bersama program berkenaan bagi menghebahkan aktiviti mahasiswa negara itu kepada rakyat Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat korban


Katanya dua pakej disediakan untuk mereka yang ingin menyertainya iaitu RM500 untuk sembelih dan sedekah kambing yang dikorbankan, manakala pakej kedua ialah RM850 bagi kerja penyembelihan, masak dan sedekah kepada fakir miskin di Mekah.

Pihak Ibtisam Catering melalui Pengurusnya Sulaiman Ismail akan menguruskan pakej di Mekah dengan memasak nasi briyani, kabsah, mandi, kari dan kuzi.

“Kami juga menyediakan sijil kepada peserta korban yang menyertai program ini,” ujarnya lagi.

Sulaiman berkata usaha membuat korban Aidiladha di Mekah itu kerana mereka punyai hubungan rapat dengan pihak pengurusan universiti dan mahasiswa serta harga untuk membuat korban itu lebih murah.



Sekitar program bersama yang pernah dijalankan oleh wakil dari Malaysia dan kedua-dua kota suci Madinah dan Mekah. 


Dalam pada itu, Sulaiman yang menjalankan kerja-kerja katering sejak 20 tahun di kedua-dua kota suci Mekah dan Madinah itu menyambut baik minat mahasiswa dari Perlis dan UUM ini terutama dalam program ibadah korban.

“Kami bersedia memberi peluang dan bekerjasama dengan mahasiswa UUM dan mahasiswa dari Perlis untuk menganjurkan program korban di Mekah pada tahun (2021) ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan secara maya.

Sulaiman menambah kerjasama ini dijalankan selepas kunjungan Samsudin Oli Mohamed ke Mekah dan Madinah bagi mencari peluang untuk mahasiswa dari Perlis yang ingin menjalani latihan industri di Arab Saudi.

Kerjasama dengan beliau bukan sahaja untuk mencari peluang latihan industri atau bekerja, malah dapat menjalinkan kerjasama dengan pelajar-pelajar di Arab Saudi terutama di Al-Madinah International University, katanya lagi.

Mereka yang ingin menyertai ibadah korban dan akikah ini boleh menghubungi talian 019-3657860 (Hj Sulaiman), 019-3963873 (Hj Riza), 017-4729890 (Samsudin) atau 013-9473150 (Tasnim) untuk keterangan lanjut dan membuat pembayaran secara online kepada akaun CIMB Bank: 8010270573 – Sulaiman Ismail. - KitaReporters


9
0
0
0
0

Copy Link: