Berita Terkini| 7 jajahan di Kelantan kena PKP! Kes Covid-19 terus meningkat! Tiada zon hijau!

Published by
KitaReporters


MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan pada Rabu, 14 April 2021 mengumumkan bahawa tujuh jajahan di negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 16 April hingga 29 April 2021.

Jajahan tersebut ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

"(PKP) di 7 Jajahan di Kelantan bermula 16 April 2021 hingga 29 April 2021," menurut kenyataan dalam akaun Facebook MKN Negeri Kelantan itu.


Kes Covid-19 di Kelantan terus meningkat dan sehingga kini tiada daerah yang dikategorikan sebagai zon hijau.


Sementara itu, Kelantan terus merekodkan peningkatan jumlah jangkitan pandemik Covid-19 sehingga 226 kes baharu pada 14 April 2021 membabitkan 219 kes tempatan, dua kes import B serta lima kes penjara dan lokap.

Menurut laman sosial rasmi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), kes baharu dicatatkan melibatkan beberapa daerah iaitu 76 kes di Kota Bharu, 68 kes (Tumpat), 49 kes (Pasir Mas) serta masing-masing 8 kes di Kuala Krai dan Bachok.

Katanya, selain itu 5 kes baharu turut direkodkan  di Pasir Putih dan penjara, 4 kes baharu turut di Tanah merah dan  masing-masing 1 kes di Jeli dan Machang. 

“Tujuh daerah masih berada di zon merah iaitu Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas dan Tanah Merah.

“Manakala zon jingga di Kuala Krai, zon kuning di Gua Musang serta Jeli dan tiada satu pun daerah direkodkan sebagai zon hjau di Kelantan ketika ini.  Sehingga kini juga, kumulatif kes adalah sebanyak 7,506 kes.

"JKKN menasihatkan orang ramai supaya sentiasa patuhi saranan dan nasihat kesihatan yang ditekankan iaitu elakkan 3S (kawasan sesak, sempit dan  sembang dengan jarak dekat)," kata JKNK dalam FB itu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters



0
2
0
1
0

Copy Link: