Berita Terkini| Covid-19: Kelantan catat kebolehjangkitan tertinggi! Solat hajat, baca al-Quran

Published by
KitaReporters

Kelantan merekodkan 225 kes baharu pada 17 April 2021


KELANTAN kini merekodkan kadar kebolehjangkitan (RT) harian tertinggi bagi kes Covid-19 dalam negara iaitu 1.32 berbanding RT Nasional 1.19 sehingga 17 April 2021. 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata ia susulan peningkatan mendadak kes postif virus Covid-19 di negeri tersebut sehingga menyebabkan tujuh daerah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 April hingga 29 April 2021. 

“Sehingga kini juga masih terdapat 2,627 sampel belum mendapat keputusan ujian Covid-19. Penggunaan katil hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) juga semakin meningkat dan perkara ini membimbangkan. 

“Sebanyak 23 peratus kes dikesan tidak membabitkan kontak rapat yang mana ia menunjukkan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi. 

“Penutupan sekolah selama seminggu bagi sekolah terletak di dalam kawasan PKP  terpaksa dilaksanakan bermula 18 April 2021 berikutan 30 peratus jangkitan adalah dalam kalangan warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan media pada 18 April 2021. 

Tambah beliau,  rakyat diminta mengadakan solat hajat di masjid dan kediaman masing-masing serta membanyakkan bacaan Al-Quran dalam PKP dilaksanakan  bagi memohon perlindungan dari-Nya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: