Bukan sekadar harga murah! Bukan sekadar perjalanan! Umrah satu amanah! Cara santuni tetamu Allah!

Published by
KitaReporters

Perjalanan ke Tanah Suci bukan seperti perjalanan biasa. Ia bukan sekadar menaiki pesawat, menginap di hotel atau mengikuti jadual yang telah disusun. 

Sebaliknya, ia adalah perjalanan hati seorang insan yang dipanggil menjadi tetamu Allah.



Sesi perkongsian bersama rakan industri sempena Umrah & Muslim Travel Fair untuk memberi penerangan berkaitan produk, perkhidmatan serta peluang kerjasama dalam sektor umrah dan pelancongan.


Sebab itu, pemilihan pakej umrah sewajarnya tidak hanya diukur melalui harga murah semata-mata. 

Di sebalik angka yang ditawarkan, perkara yang lebih besar untuk dilihat ialah pengalaman pengendalian, kebajikan, bimbingan dan keselesaan sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Bagi setiap jemaah, khususnya mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, ketenangan sebelum berangkat amat penting.

Perkara yang kelihatan kecil seperti kursus persediaan, maklumat perjalanan yang jelas, penyerahan beg bagasi dan mengetahui lebih awal lokasi penginapan sebenarnya memberi kesan besar kepada emosi jemaah.

Apabila urusan dunia dipermudah, hati lebih mudah memberi tumpuan kepada tujuan sebenar perjalanan itu iaitu beribadah.


Sesi taklimat perjalanan dan penyerahan beg kepada jemaah As-Safa Travels sebagai persiapan awal sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Dalam dunia pengurusan haji dan umrah, pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dalam tempoh singkat. 

Pengalaman lebih tiga dekad seperti dimiliki Pengasas As-Safa Travels and Tours, Md Roslan Mohammad Jaafar, memperlihat bahawa menguruskan jemaah bukan hanya soal perniagaan, tetapi satu amanah.

Tetamu Allah datang daripada pelbagai latar belakang. Ada warga emas, ada yang pertama kali ke Tanah Suci, ada yang menyimpan wang bertahun-tahun untuk merealisasikan impian melihat Kaabah. Setiap seorang membawa harapan dan doa tersendiri.

Justeru, sentuhan kemanusiaan dalam melayani jemaah amat diperlukan.

Begitu juga soal makanan. Bagi sesetengah orang ia mungkin perkara biasa, tetapi bagi jemaah yang jauh dari tanah air, menikmati hidangan bercita rasa Malaysia mampu memberi sedikit keselesaan dan mengubat kerinduan. 

Kerjasama strategik seperti antara As-Safa Travels and Tours bersama Ibtisam Katering di Mekah membuktikan bahawa penjagaan jemaah merangkumi pelbagai aspek termasuk perkara asas dalam kehidupan harian mereka.


Peluang menjadi rakan usahawan bersama As-Safa Travels and Tours terbuka kepada mereka yang berminat dalam bidang haji, umrah dan pelancongan. 


Kenangan indah jemaah As-Safa Travels bersama insan tersayang di Tanah Suci, membawa pulang pengalaman umrah yang akan terpahat sepanjang hayat.

Hakikatnya, ukuran kejayaan sesebuah perjalanan umrah bukan sekadar apabila jemaah selamat pergi dan kembali, tetapi apabila mereka pulang membawa ketenangan, pengalaman indah serta kenangan yang kekal dalam ingatan.

Pada masa sama, usaha membuka peluang kepada individu menjadi ejen atau bergerak secara berkumpulan juga mampu menjadi ruang kepada lebih ramai pihak memainkan peranan membantu bakal tetamu Allah mendapat bimbingan yang baik sebelum menuju Tanah Suci.

Akhirnya, setiap jemaah bukan sekadar pelanggan. Mereka adalah insan yang menerima jemputan istimewa daripada Allah.

Menyantuni mereka bukan sekadar tugas, tetapi amanah yang perlu dipikul dengan ilmu, pengalaman dan keikhlasan.

Kerana perjalanan umrah mungkin hanya mengambil masa beberapa hari, tetapi kenangan menjadi tetamu Allah akan dibawa sepanjang hayat.


Antara pakej harga mesra yang ditawarkan.



Untuk maklumat lanjut pakej umrah atau peluang kerjasama bersama As-Safa Travels and Tours: 📞 010-222 8085📞 017-472 9890 - KitaReporters

12
5
0
7
0

Copy Link: