Baharu ganti lama! One Hope Charity sumbang 30 kerusi roda kepada Hospital Pulau Pinang! Inisiatif 360!
Published by
Badan amal One Hope Charity & Welfare, Pulau Pinang terus memberikan perhatian bagi membantu golongan yang memerlukan ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Chua Sui Hau (kiri) dan Dr. Goh Hin Kwang melihat sebahagian daripada 30 unit kerusi roda baharu disumbangkan bagi kegunaan pesakit di Hospital Pulau Pinang.
Justeru,
sebanyak 30 buah kerusi roda baharu disumbangkan oleh badan amal itu kepada Hospital Pulau Pinang
di George Town, Pulau Pinang bagi membantu mengatasi kekurangan kemudahan tersebut.
Difahamkan,
sebahagian kerusi roda sedia ada di hospital berkenaan telah mengalami
kerosakan akibat penggunaan yang kerap dalam tempoh yang lama, termasuklah
masalah tayar tertanggal, komponen usang dan kerosakan lain.
Pada masa yang sama, permintaan tinggi daripada pesakit dan ahli keluarga setiap hari menyebabkan jumlah kerusi roda yang ada sering tidak mencukupi, sekali gus menjejaskan pergerakan pesakit di dalam kawasan hospital.

Chua Sui Hau (kiri) bersama Dr. Goh Hin Kwang meninjau serta membandingkan keadaan kerusi roda lama dan baharu di Hospital Pulau Pinang.
Pengerusi
One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, hospital merupakan institusi
penting yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, manakala kerusi roda
pula adalah antara peralatan bantuan yang amat diperlukan oleh pesakit ketika
menerima rawatan.
“Kami
berharap sumbangan ini dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan hospital,
memberikan keselesaan kepada pesakit dan pada masa sama mengurangkan tekanan
yang dihadapi institusi kesihatan dari segi penyediaan kemudahan,” katanya
dalam kenyataan pada 19 Jun 2026.
Chua telah menyerahkan sumbangan kerusi roda itu kepada Pengarah Hospital Pulau
Pinang, Dr. Goh Hin Kwang.
Beliau
berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif yayasan tersebut
yang melibatkan sebanyak 360 unit kerusi roda.
Katanya,
kerusi roda berkenaan akan diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada hospital
kerajaan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta pusat khidmat Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang dan Kedah mengikut keperluan semasa.
“Ada terdapat
keluarga yang tidak mampu membeli kerusi roda untuk kegunaan pesakit atas
faktor kewangan.
“Justeru itu, kita mengambil inisiatif menyediakan 360 unit kerusi roda yang sebahagiannya akan disalurkan melalui pusat khidmat ADUN kepada individu yang memerlukan supaya lebih ramai golongan kurang berkemampuan dapat menerima bantuan dengan segera,” katanya.

Sebahagian 30 kerusi roda yang disumbangkan kepada Hospital Pulau Pinang.
Chua berkata, selain bantuan perubatan dan kebajikan, yayasan turut komited membantu
meningkatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan awam demi manfaat masyarakat.
Sehubungan
itu, beliau merakamkan penghargaan kepada petugas kesihatan yang sentiasa
komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan pihaknya akan terus
memberi perhatian terhadap keperluan institusi kesihatan awam serta golongan
memerlukan.
“Sebuah
kerusi roda bukan sekadar menampung berat seorang pesakit, tetapi turut membawa
bersama nilai kasih sayang, keprihatinan dan harapan masyarakat.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat yang besar kepada mereka yang memerlukan,” katanya. - KitaReporters
