Video| Kalau ini emak bapak kita? Wanita tumpangkan pak cik jalan bertongkat! Dihantar ke rumahnya!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang wanita tersempak dengan seorang warga emas berjalan kaki dengan bertongkat sambil membawa beg plastik hitam mengandungi makanan di jalan raya sehingga berhenti berjalan kerana tidak larat menjadi perhatian dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @eykamika95, menunjukkan wanita itu sanggup berhenti di jalan serta menawarkan pak cik itu untuk naik bersamanya serta dihantar pulang ke rumah.


Lagi cerita-cerita kemasyarakatan berkaitan golongan warga emas



Pak Cik ini jalan sorang-sorang tengah panas. Ramai yang lalu tapi tak nak tumpangkan.

Sekejap jalan sekejap duduk sebab tak larat. Saya berhenti dan tawar diri untuk tumpangkan pak cik ini. Dalam plastik pak cik itu ada maggi dan bawang. Mungkin pak cik ini lapar,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati pada pak cik itu dengan ada yang menawarkan untuk membantu dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu yang prihatin terhadap warga emas terbabit.




“Sebenarnya Allah sedang menguji kakak. Tahniah dan terima kasih kak atas bantuan dengan penuh ikhlas. Semoga akak dimurahkan rezeki,” kata @Mr_Kicil_Karbon.

“Akak jom kumpulkan duit belikan pak cik ini makanan,” ujar @AisyahDodin.

“Jom kita kumpul sedikit seorang. Kita sedekah barang kepada pak cik ini, kesian sangat,” tulis @LyndaSalleh. -  KitaReporters


9
11
0
13
0

Copy Link: