Video| Apa cerita? Solat sebelah duit yang banyak! Teruk kena kecam! Mana tindakan pihak berkuasa?

Published by
KitaReporters


Pelbagai kandungan dalam media sosial yang boleh dijadikan sebagai iktibar dan contoh kepada kita semua. Namun ada juga yang baik dan juga yang tidak masuk akal juga dipaparkan. 

Baru-baru ini tular sebuah video sehingga menyebabkan netizen berasa menyampah dengan tindakan lelaki ini yang dilihat menunjuk-nunjukkan wang tunainya yang banyak di atas lantai ketika sedang solat.



Rata-rata netizen yang melihat video ini mempersoal motif lelaki ini memaparkan wangnya yang banyak ini? Ada juga netizen yang menyatakan bahawa masyrakat zaman sekarang sangat mudah memainkan agama begitu sahaja.

Bila pula pihak berkuasa akan bertindak terhadap lelaki berkenaan yang jelas dan terang mempermain isu 3R (agama, raja dan kaum). Mana MCMC?



Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat-sifat menunjuk seperti ini. - KitaReporters

15
13
0
10
0

Copy Link: