KECUAIAN seorang pemandu telah mengorbankan seorang anggota polis selepas dia dirempuh ketika bertugas pada awal pagi Ahad, 3 Mei 2020 di Sekatan Jalan Raya (SJR) 5 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Lekas, Selangor. Pemandu yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dikatakan memandu dalam keadaan mabuk. : KitaReporters



Koperal Safwan Muhammad Ismail merupakan anggota Polis IPD Kajang yang berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah. 

Kredit foto: FB Ranger Farm (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3013265755386364&id=100001089072616)


Jika dilihat gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Ranger Farm, keadaan di tempat kejadian kelihatan agak teruk dan berkemungkinan juga pemandu ini memang berada dalam keadaan laju ketika memandu.


Hal ini tidak patut terjadi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, apatah lagi waktu itu bukan waktu yang boleh keluar dari rumah tanpa sebab. 

Apatah lagi ketika ini kita sedang sambut Ramadan dan mereka anggota polis ini sanggup berkorban masa demi menjalankan tugas yang diamanahkan untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal.

Diharapkan pemandu ini diberikan hukuman yang berat dan setimpal kerana telah mengorban nyawa anggota polis dan memandu dalam keadaan mabuk. - KitaReporters

0
0
3
0
0

Copy Link: