Kredit foto: kabarmalang.com

UMAT Islam yang bertakwa sentiasa mengidam kematian yang dipanggil pengakhiran yang husnul khatimah seperti diambil nyawa ketika sedang bersolat.

Seorang imam bernama Sofyan, 58, meninggal dunia dalam sujud ketika sedang mengimamkan solat maghrib. Sofyan meninggal ketika sujud pada rakaat pertama solat maghrib itu pada Isnin, 12 April 2021.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan husnul khatimah

Gambar ilustrasi... Sofyan meninggal ketika sujud semasa menjadi imam solat maghrib.


Peristiwa ini mengejutkan penduduk Dusun Wonogiri, Desa Wonokerto, Kecamatan Bantur, Kabupaten Malang, Jawa Timur, lapor Tribune News.

Ketua Polis Daerah Bantur, AKP Slamet Subagyo mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut Slamet, ketika kejadian, Sofyan menjadi imam untuk 10 jemaah di Mushola At-Taqwa. Para jemaah curiga terjadi sesuatu kerana gerakan sujud yang terlalu lama dari biasanya.

"Kemudian ada salah satu jemaah membatalkan solatnya untuk memeriksa keadaan Sofyan, ternyata benar imam itu sudah tidak bernyawa," kata Slamet.



Tambah Slamet, Sofyan tidak mempunyai penyakit serius dan kematiannya dipercaya akibat serangan jantung.

Selain menjadi imam, Sofyan yang lebih akrab dipanggil Yusuf, merupakan seorang guru mengaji.

Dalam kalangan penduduk, dia dikenali periang dan peramah dan kematiannya dirasai penduduk setempat.

Video kematian imam itu tular setelah dimuat naik pemilik akaun FaceBook SieBolang Hatinya Tulusz. - KitaReporters

1
1
3
0
0

Copy Link: