Belalang pun kerek! Sambutan luar dugaan Pertandingan Belalang Kerek! Tapi sayang kian dilupakan!
Published by
KitaReporters
--title--
PERTANDINGAN Belalang Kerek merupakan permainan tradisional yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran masyarakat di kawasan pendalaman pada sekitar tahun-tahun 70-an tetapi kini pemainan tradisi itu seolah-olah semakin dilupakan oleh genarasi muda.

SURYATI Mastila Husin (kiri) memegang seekor belalang kerek di tapak tangannya sambil diperhatikan Nurmadia Md Jaini (tengah) dan Alias Kotay (kanan) di Pertandingan Belalang Kerek anjuran KRT Lembah Bidong pada 19 April 2026.
Menyedari hakikat itu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lembah Bidong, Setiu, Terengganu telah menganjurkan pertandingan suara haiwan itu yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Orthoptera tettigoniidae.
Menyedari hakikat itu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lembah Bidong, Setiu, Terengganu telah menganjurkan pertandingan suara haiwan itu yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Orthoptera tettigoniidae.
Belalang kerek atau belalang rusa adalah sejenis haiwan mempunyai keunikan suara yang nyaring tapi mempersonakan serta menghiburkan hati bagi peminat spesis haiwan itu.
Dalam pertandingan yang berlangsung pada 19 April 2026 lalu, seramai 126 peserta dalam kalangan penduduk setempat dan golongan muda menyertai acara itu yang pertama kali dianjurkan oleh KRT berkenaan.
Pengerusi KRT Lembah Bidong, Alias Kotay berkata, program tersebut adalah aktivitinya untuk merapatkan hubungan masyarakat setempat termasuk golongan muda dan dewasa.
Beliau berkata, pertandingan itu diadakan pada waktu malam kerana pada waktu tersebut suara belalang kerek akan berbunyi lebih nyaring berbanding siang hari.


SALAH satu sarang khas belalang kerek yang digantung pada sebatang kayu pada Pertandingan Belalang Kerek yang berlangsung di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu
Alias berkata, setiap peserta yang menyertai acara itu akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM3 bagi seekor belalang yang diletakkan di dalam sangkar khas.
Kemudian sangkar belalang itu akan disangkut pada sebatang tiang yang disediakan oleh penganjur di kawasan pertandingan itu.
Menurutnya, pengadil berpengalaman yang dilantik akan mencatat markah berdasarkan bunyi kenyaringan serta kemerduan suara setiap belalang dipertandingan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan.
"Pihak penganjur menyediakan hadiah berupa barangan hamper untuk pemenang tempat pertama sehingga sepuluh selain hadiah saguhati untuk pemenang lain.
"Walaupun hadiah tidak seberapa tetapi bagi kami program ini amat membanggakan kami kerana mendapat sambutan luar jangkaan, di samping dalam waktu yang sama kami dapat juga mengadakan program lain seperti Pemeriksaan Kesihatan Serta Menu Makanan Sihat dan Jom Ronda dalam kampung, " katanya.
Hadir sama pada majlis itu, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Setiu, Suryati Mastila Husin dan wakil Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Nurmadia Md Jaini.

SEORANG pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Alias.

SEORANG pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Suryati Mastila.
Alias berkata pada awal pihaknya bercadang untuk mengadakan sukaneka di kampung itu.
"Tetapi setelah berbincang dalam mesyuarat jawatankuasa KRT, ramai yang bersetuju untuk mengadakan program Pertandingan Belalang Kerek ini memandangkan ia agak unik dan acaranya lebih menarik," katanya. - KitaReporters
14
13
0
14
0
