Nelayan terus dibantu! LKIM salur bantuan RM487k di Perak! Tingkat pendapatan dan program perumahan!
Published by
Golongan nelayan terus mendapat perhatian apabila Kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) komited memperkasa komuniti nelayan menerusi Program Peningkatan Pendapatan Touch Point bagi mendekati golongan sasar iaitu nelayan, khususnya di Perak.

Pada majlis
yang diadakan di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Perak pada 10 Jun 2026, Pengerusi LKIM Muhammad Faiz
Fadzil telah menyampaikan bantuan kepada 50 orang nelayan dari kawasan Kerian,
Matang dan Sungai Tinggi, yang bernilai RM232,632.
Penyerahan
bantuan itu bertujuan membantu meningkatkan pendapatan nelayan kategori B40
yàng terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan, sekali gus meningkatkan taraf
hidup nelayan.
Antara
bantuan yang diberikan itu ialah tujuh unit enjin sangkut 40 kuasa kuda, satu unit engin
sangkut 30 kuasa kuda, lima unit engin sangkut 15 kuasa kuda, 25 set pukat dan
12 unit sonar.
Selain itu, Muhammad Faiz turut menyampaikan Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan berjumlah RM6,900 kepada tujuh orang nelayan yang membabitkan ahli Persatuan Nelayan Kerian (PNK) sebanyak RM3,000, PNK Màtang (RM3,000) dan PNK Sungai Tinggi.

Turut diadakan ialah majlis penyerahan sebuah rumah nelayan (bina baharu)
bernilai RM84,000.
Bagi tahun
ini sebanyak dua buah rumah bina baharu dan tiga buah rumah baik pulih melibatkan
peruntukan sebanyak RM228,000 di Perak.
“Nelayan berkenaan
mempunyai tanah sendiri dan kerajaan membina rumah tersebut secara percuma bagi
memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa," kata
Muhammad Faiz.
Menurutnya, kerajaan memperuntuk RM3 juta tahun ini bagi pelaksanaan program
touch point kepada nelayan, manakala RM10 juta lagi diperuntuk bagi Program
Perumahan Nelayan.
Katanya, ia
melibatkan pembinaan 36 rumah baharu dan baik pulih 344 rumah di seluruh
negara.
Selain itu,
katanya, bantuan kebajikan turut
disalurkan kepada nelayan yang ditimpa musibah seperti ribut di laut,
kehilangan upaya dan kematian.
Bagi kes kematian, waris nelayan layak menerima bantuan sebanyak RM1,500.

Muhammad Faiz Fadzil (tiga, kanan) bergambar dengan sebahagian penerima bantuan dari LKIM di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Perak
Sementara itu, Muhammad Faiz ketika diminta mengulas mengenai cadangan membawa bekalan ikan dari Sabah ke Semenanjung, beliau berkata kerjasama sedang dirangka antara persatuan nelayan di Sabah dan Semenanjung bagi memastikan bekalan ikan dapat diagihkan dengan lebih berkesan.
"Sabah
mempunyai bekalan ikan yang banyak dan harga lebih rendah berbanding di
Semenanjung " katanya.
Justeru itu,
katanya, usaha tersebut mampu membantu menstabilkan harga ikan serta
mengurangkan kebergantungan kepada import.
"Kita
cuma perlu melihat aspek logistik kerana ia melibatkan kos. Program seperti ini
pernah dilaksanakan sebelum ini dan kini dihidupkan semula dengan sokongan
kerajaan," katanya.
Dalam
perkembangan lain, Muhammad Faiz menjelaskan bekalan ikan untuk pasaran
domestik masih mencukupi di negara ini walaupun terdapat kebimbangan mengenai
kemungkinan penurunan hasil tangkapan berikutan sebahagian vesel kelas C2 tidak
beroperasi kerana isu subsidi.
Katanya,
Kadar Sara Diri (SSR) bekalan ikan negara kini menghampiri 90 peratus dan
sebahagian spesies ikan tempatan turut dieksport ke luar negara.
"Rakyat tidak perlu bimbang kerana bekalan ikan untuk pasaran tempatan masih mencukupi. Kita juga mempunyai pusat pengumpulan ikan yang dapat membantu menstabilkan bekalan," katanya. - KitaReporters
