Bakti Belia Madani MBM! Fasa 1 di 4 negeri! Perkukuh budaya kesukarelawanan serta penglibatan belia!

Published by
KitaReporters

Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri-Negeri (MBN) memulakan pelaksanaan Program Bakti Belia Madani, Fasa 1 dari 12 hingga 14 Jun 2026 di beberapa lokasi terpilih seluruh negara bagi memperkukuh budaya kesukarelawanan serta penglibatan belia dalam pembangunan komuniti. 



Fasa I program ini akan dilaksanakan di Felda Maokil, Muar, Johor; Kampung Manjoi, Ipoh, Perak; Kampung Pelegong, Labu, Negeri Sembilan; dan Kampung Telok Awak, Telok Bahang, Pulau Pinang. 

Program ini mencerminkan komitmen gerakan belia sebagai rakan pembangunan negara melalui pendekatan turun padang, menyantuni rakyat dan membantu menyelesaikan isu komuniti. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai ihsan, hormat, kesejahteraan dan kemampanan. 

Melalui penglibatan aktif pertubuhan belia dan masyarakat, Bakti Belia Madani menjadi platform untuk memperkukuh hubungan belia dengan komuniti akar umbi, di samping memupuk nilai kepimpinan, tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelawanan. 



MBM berharap program ini dapat melahirkan generasi belia yang berjiwa rakyat, menjadi penggerak perubahan serta terus menyumbang kepada kesejahteraan dan perpaduan masyarakat. 

MBM merakamkan penghargaan kepada semua Majlis Belia Negeri, pertubuhan belia, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat dan sukarelawan yang menjayakan program ini. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
15
0
11
0

Copy Link: