Video| Si ustazah carpenter! Bertukang sendiri buat dapur rumah! Untuk jimat kos! Ramai rasa kagum!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang wanita yang dipercayai ustazah bertukang sendiri untuk membina dapur idaman di rumahnya telah menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial bernama @wanifaizun, kelihatan wanita itu bertukang dengan meletak simen atas batu-bata serta mengikat batu dengan kemas untuk menyiapkan binaan sebuah dapur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ustazah-ustazah


Tidak mampu untuk upah tukang, saya buat sendiri,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kegigihan usaha yang dibuat oleh wanita itu sebagai satu inspirasi serta kagum dengan hasil kerja yang dibawa oleh beliau untuk menyiapkan dapur idamannya.



“Kemas dan teratur ikat batu seperti pekerja mahir,” ujar @HazimAriff.

“Alamak lagi cantik dia ikat batu daripada saya. Saya pun buat rumah sendiri sahaja, tiada pengalaman belajar dari YouTube sahaja,” kongsi @Shah_Rey8991.

“Ikuti awak sebab nak tengok perkembangan awak siapkan dapur, hebat,” jelas @babyseptember. - KitaReporters


15
17
0
12
0

Copy Link: