Video| Jimat dan sihat! Guru PJ berlari 8km ulang alik ke sekolah! Sahut seruan hemat bekalan minyak!
Published byIa menyebabkan negara yang bergantung terhadap minyak import terpaksa melakukan pelbagai langkah penjimatan pengunaan selain terpaksa menaikkan harga.

Dan kenaikan harga minyak pasti menjejas kehidupan seharian masyarakat dan mereka perlu berfikir untuk berjimat.
Di Indonesia, seorang guru Pendidikan Jasmani, Olahraga dan Kesihatan (PJOK) di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri (SMPN) Kasiman, Jawa Timur bernama Ahmad Zaki Febiansyah, 34, mencuri perhatian ramai apabila memuat gambar dan video menerusi akaun Instagramnya @ahmadzakifebiansyah mengenai dia berlari 4km setiap hari ke sekolahnya dan 4km lagi untuk pulang ke rumah tular.
Dia berlari dengan mengenakan pakaian seragam guru berwarna coklat.

AHMAD ZAKI FEBIANSYAH
Ia adalah sebagai menyahut seruan kerajaan agak rakyat berjimat cermat dalam pengunaan minyak.
Melalui pekeliling yang dikeluarkan, kakitangan kerajaan yang tinggal dalam lingkungan tujuh kilometer dari tempat kerja digalakkan berbasikal.
Namun Ahmad Zaki memilih untuk berlari kerana percaya ia memberi manfaat kepada tahap kecergasan fizikal.
Ahmad Zaki mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menempuh jarak empat kilometer dari rumah ke sekolah, sekali gus membuktikan tahap kecergasan yang tinggi.
Tambahnya, keputusan untuk tidak menggunakan kenderaan bermotor juga bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan disiplin kesihatan dalam rutin harian yang sibuk.

Ahmad Zaki selain menjadi guru Pendidikan Jasmani, dia juga seorang yang aktif menyertai sukan lasak seperti larian maraton.
Difahamkan, Zaki aktif menyertai pelbagai kejohanan larian dan telah mengumpul lebih 75 pingat sepanjang penglibatannya dalam sukan itu.
Selain sebagai guru, Ahmad Zaki turut melatih atlet muda di kawasan setempat.
