Meremang! Lukisan seram remaja cetuskan tanda tanya! Betul ke dia nampak? Kelebihan atau penyakit?
Published byDalam dunia moden yang semakin bergantung kepada logik dan sains, kisah individu yang mendakwa mampu melihat perkara ghaib masih terus menjadi perbualan hangat.
Lebih mengundang tanda tanya apabila kebolehan itu dikaitkan dengan kanak-kanak apatah lagi apabila ia diterjemahkan melalui lukisan yang cukup terperinci dan ‘hidup’.
Lukisan terbaharu yang dihasilkan oleh remaja ini.
Satu perkongsian dalam media sosial oleh pengguna Threads dikenali sebagai Ysriysmm menarik perhatian apabila memuat naik beberapa lukisan milik anak saudaranya yang berusia 13 tahun.
Menurutnya, remaja tersebut mendakwa pernah melihat sendiri makhluk-makhluk yang dilukis termasuk satu figura terakhir yang dikatakan muncul sehari sebelum perkongsian dibuat.
“Aku terkejut tengok lukisan anak saudara aku. Katanya dia pernah nampak semua ni. Gambar terakhir tu dia nampak semalam. Ni kelebihan ke kekurangan sebenarnya?” tulisnya, meluahkan rasa bimbang bercampur keliru.

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian warga
maya, dengan ramai yang mengakui berasa seram melihat hasil lukisan berkenaan
yang dikatakan sangat terperinci dan seolah-olah ‘bernyawa’.
“Cara gambaran dia tu serius meremang, terperinci sangat. Ada cara ke nak tutup ‘hijab’ tu?” soalnya.

Namun di sebalik reaksi seram dan kagum, tidak
kurang juga netizen yang melihat perkara itu dari sudut berbeza, lebih kepada
aspek kesihatan mental.
“Saya rasa lukisan tu wujud sebab ada benda tengah ganggu minda dia. Mungkin dia tak boleh bezakan apa yang nyata atau tidak. Lebih baik bawa jumpa psikiatri,” katanya.

Pandangan itu turut disokong beberapa pengguna lain yang
menyarankan pemeriksaan lanjut oleh pakar.
“Cuba bawa jumpa psikiatri,” kata seorang lagi
netizen ringkas.
“Schizophrenia
tak? Jumpa psikiatri untuk examine
dulu,” tambah seorang netizen lain.
Malah, ada yang lebih tegas mengaitkan situasi tersebut dengan kemungkinan gangguan serius. “Ini adalah penyakit. Boleh jadi skizofrenia, berhalusinasi. Dapatkan rawatan segera kalau ada simptom macam ni,” ujarnya.

Dalam masa sama, terdapat juga pandangan yang
mengaitkan fenomena tersebut dengan aspek spiritual atau keagamaan. Seorang netizen
menjelaskan bahawa keadaan ‘hijab terbuka’ atau kasyaf mungkin menjadi salah
satu kemungkinan.
“Kalau hijab terbuka, ia boleh jadi kelebihan tapi tetap ada kekurangan. Kasyaf mata ni maksudnya mata batin terbuka dan boleh tembus alam ghaib tapi apa yang dia lukis tu mungkin juga sekadar ilusi minda,” jelasnya, sambil menasihatkan agar mendapatkan rawatan daripada kedua-dua sudut perubatan moden dan tradisional Islam.

Lebih membimbangkan, ada netizen yang berkongsi pengalaman hampir serupa melibatkan ahli keluarga sendiri. Netizen tersebut mendedahkan adiknya pernah melalui situasi sama walaupun bukan seorang yang berbakat dalam lukisan.
“Lebih baik awak bawa dia jalani pemeriksaan kesihatan. Takut mental dia jadi lagi teruk. Adik saya pun bukan jenis pandai melukis, tapi boleh lukis benda macam ni,” kongsinya.

Apa yang pasti, kebanyakan netizen bersetuju bahawa langkah terbaik adalah tidak memandang ringan situasi tersebut.
Sama ada ia satu kelebihan luar biasa atau petanda awal masalah kesihatan, remaja berkenaan wajar diberikan perhatian dan sokongan sewajarnya. - KitaReporters

