Berbekalkan semangat tidak mudah luntur, sentiasa berketrampilan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi menjadikan Perajurit Muda (PjM) Udara (PjM U) Muhammad Iqmal Ahmad Tarmizi dinobatkan sebagai PjM U Terbaik Ketenteraan dan Terbaik Keseluruhan Siri 70/2025 di Ipoh, Perak


Seorang anggota TUDM mempamerkan aksi pada majlis tamat latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) di Akademi Tentera Udara (ATU) di Ipoh pada 18 Mei 2026.


Perbarisan tamat katihan 401 Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 70/25.


Muhammad Iqmal, 25, dari Alor Setar, Kedah menerima piala Pusingan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta piala Pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Beliau berazam dan bertekad untuk menjadi seorang anggota TUDM yang terlatih, berwawasan, tegas dan berdisiplin serta sedia berkorban untuk tanah air tercinta.

Berpegang teguh dengan prinsip “Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Abu“ telah mendorong beliau untuk terus tabah menggapai cita-cita menjadi seorang anggota TUDM yang berjaya.

“Saya minat untuk menceburkan diri sebagai seorang anggota TUDM dan merupakan impiannya serta dorongan arwah ayah yang mahukan saya menjadi  seorang anggota tentera,” katanya dalam kenyataan selepas majlis tamat latihan PjM U di Akademi Tentera Udara (ATU) di Ipoh, Perak pada 18 Mei 2026.

Seramai 401 Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 70/25 yang terdiri daripada 305 PjM U lelaki dan 96 PjM U wanita telah berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan di ATU, Ipoh.

Muhammad Iqmal merupakan graduan lulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah, Jitra Kedah pada tahun 2018 hingga 2021.


Muhamad Norazlan Aris (kanan) menyerahkan piala PjM U terbaik kepada Muhammad Iqmal Ahmad Tarmizi di ATU, Ipoh.

Sementara itu, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, dalam ucapannya pada perbarisan tamat latihan, mahukan agar setiap warga TUDM perlu sentiasa bersedia untuk  meningkatkan keupayaan diri, sama ada dari segi pengetahuan, kemahiran mahupun penguasaan teknologi dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.

Menurutnya, keperluan ini selaras dengan usaha pemodenan TUDM di bawah Pelan Strategik CAP55 yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang kompeten, berdaya tahan dan berfikiran ke hadapan.

“Sebagai anggota, TUDM menuntut tahap disiplin, integriti dan pengorbanan yang tinggi. Setiap tugas yang diamanahkan penuh hendaklah dilaksanakan tanggungjawab dan dengan profesional.

“Sebarang kecuaian, walaupun kecil, berpotensi memberi kesan besar bukan sahaja kepada organisasi, malah kepada keselamatan negara secara keseluruhannya,” katanya. - KitaReporters


Pertunjukan payung terjun sentiasa mendapat sorokan daripada tetamu

10
9
0
13
0

Copy Link: