Berita Terkini| Mayat bayi perempuan ditemukan dalam kotak! Masih bertali pusat! Polis teliti CCTV

Published by
KitaReporters

Mayat bayi perempuan yang ditemukan dalam sebuah kotak plastik. - Kredit foto: orang awam


MAYAT seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kotak plastik belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor  pada 3 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi tersebut jam 6.40 petang.

“Berdasarkan siasatan awal, bayi berkenaan dipercayai telah ditinggalkan melebihi tempoh 24 jam kerana berdasarkan keadaan tubuh badannya  yang sudah mula mereput.

“Pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian dan didapati seorang lelaki meletakkan kotak  pada 27 April 2021.

“Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dipetik oleh Harian Metro, 4 Mei 2021.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat dan jika  disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil hubungi  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melalui talian 07-4363300. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0

Copy Link: