Sanggup dia! Tinggal bersama mayat ibu selama dua tahun! Enggan daftar kematian! Elak pencen ditarik!

Published by
KitaReporters


APABILA terdesak semua sanggup melakukan walaupun tahu perbuatan itu menyalahi undang-undang, itulah  yang berlaku kepada seorang wanita di Korea Selatan enggan mendaftar kematian ibunya sendiri kerana mahu menggunakan pencen yang diterima setiap bulan.

Lebih mengejutkan wanita berusia 47 tahun itu tergamak ‘menyembunyikan’ mayat ibunya selama lebih dua tahun di dalam kediamannya di sebuah pangsapuri kos rendah di bandar Incheon.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kes-kes jenayah



Memetik nbcnews.com, semuanya dilakukan kerana mahu menggunakan pencen yang diperoleh oleh ibunya selama ini.

Bagaimanapun sikap tidak bertanggungjawab wanita yang tidak bekerja itu berjaya dikesan oleh pihak berkuasa sebelum mengeluarkan waran tangkap kepada kepadanya pada 15 Januari 2023 lalu.

Tindakan tidak mendaftar kematian dan penyembunyian mayat merupakan jenayah undang-undang di Korea Selatan dan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Penahanan wanita berusia 47 tahun itu dikesan selepas pihak berkuasa kebajikan curiga dengan ibunya yang tidak mempunyai rekod kesihatan sepanjang dua tahun.

Namun masih menerima bayaran pencen, kata jurucakap Jabatan Perkhidmatan Pencen Korea Selatan.



Wanita itu dikatakan menyembunyikan mayat ibunya yang ditutupi dengan selimut di sebuah rumah bangunan pangsapuri kos rendah di bandar Incheon. 

Kemungkinan ibunya telah meninggal dunia lebih dua tahun lalu berdasarkan nota yang ditulis dan menunjukkan ibunya meninggal dunia pada Ogos 2020 pada usia 76 tahun.

Wanita yang tidak bekerja itu mempunyai enam adik beradik namun hanya tinggal berdua bersama ibunya selepas bapa mereka  meninggal dunia pada 1995. Manakala adik beradik lain tinggal berasingan selepas berumah tangga dan memiliki komitmen masing-masing.

Setiap bulan wanita berkenaan menerima 600,000 won (RM2,105) atau lebih 17 juta won (RM59,362) sepanjang dua tahun itu.

Dia dilaporkan menggunakan wang pencen ibunya untuk menampung kehidupan dan enggan mendaftarkan kematian ibunya kerana bimbang kehilangan sumber pendapatan. 

Kini pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapat semula bayaran pencen sepanjang tempoh ibunya meninggal  melalui rampasan aset namun bergantung kepada siasatan pihak polis. - KitaReporters


15
12
0
15
0

Copy Link: