Daripada SAMSUDIN OLI MOHAMED

Yang berada di Tanah Suci


Kerajaan Arab Saudi terus memperkukuh sistem sokongan kepada jemaah haji menjelang musim haji 1447H/2026M menerusi pelancaran talian hotline pelbagai bahasa yang beroperasi 24 jam sehari.


Perkhidmatan yang boleh dihubungi melalui nombor 1966 itu disediakan dalam 11 bahasa bagi membantu jutaan jemaah dari seluruh dunia mendapatkan maklumat, bantuan segera serta membuat aduan berkaitan perkhidmatan sepanjang berada di Tanah Suci.
Inisiatif berkenaan dilihat sebagai satu langkah proaktif oleh kerajaan Arab Saudi dalam memastikan urusan ibadah haji para tetamu Allah berjalan lebih lancar, selamat dan teratur.
Melalui hotline tersebut, jemaah boleh mendapatkan panduan berkaitan lokasi, pengangkutan, kesihatan, penginapan serta pelbagai isu lain yang memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa.
Pendekatan ini juga mencerminkan komitmen Arab Saudi dalam menggabungkan teknologi moden dengan nilai hospitaliti Islam demi memberi pengalaman ibadah yang lebih selesa kepada jemaah.


Dengan kehadiran jutaan umat Islam setiap tahun, sistem komunikasi yang pantas dan mesra pengguna amat penting bagi memastikan setiap jemaah berasa dibimbing, didengari dan sentiasa mendapat sokongan sepanjang menunaikan ibadah haji.
Langkah tersebut turut mendapat perhatian positif dalam kalangan umat Islam seluruh dunia yang melihatnya sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para dhuyufurrahman di Tanah Suci. - KitaReporters


16
15
0
11
0

Copy Link: