Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, bekas Perdana Menteri Kesembilan pada 7 April 2023 meneruskan Program Kongsi Rezeki Ramadan dengan menyantuni penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat, Kuala Lumpur.  

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai untuk membantu pihak pengurusan rumah itu. 




Seramai 41 orang anak-anak yatim yang berusia di antara lapan bulan sehingga 14 tahun tinggal di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh itu.

Ismail Sabri berkata, kunjungan ini bertujuan meraikan anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut bagi memastikan mereka tidak merasa  terpinggir khususnya pada bulan Ramadan ini.  

“Anak-anak yatim merupakan golongan istimewa yang perlu disantuni bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi sebagai tanggungjawab kita yang  berkemampuan untuk meneruskannya pada setiap masa,” kata Dato' Sri Ismail  Sabri Yaakob. 

Tambah beliau, program ini juga memupuk semangat sebuah keluarga – Keluarga Malaysia – untuk saling bantu membantu khususnya untuk golongan  memerlukan pada bulan yang mulia ini.  

Program Kongsi Rezeki Ramadan yang bermula pada 1 Ramadan 1444H lalu diadakan bagi menyantuni golongan asnaf serta mahasiswa institut pengajian  tinggi termasuk mengagihkan 3,000 pek makanan berbuka puasa. - KitaReporters/Kenyataan Media




8
9
0
14
0

Copy Link: